Hubungan UMNO-PAS sudah tidak boleh dibaiki.
Ahmad Zahid Hamidi, menegaska isu kepercayaan menjadi halangan utama untuk menghidupkan semula kerjasama politik antara UMNO dengan PAS.
Menurut Presiden UMNO itu, pengalaman lalu ketika pembentukan Muafakat Nasional (MN) menunjukkan wujudnya masalah dalaman yang menjejaskan hubungan antara kedua-dua parti tersebut.
Katanya, perkara itu menyebabkan usaha kerjasama tidak dapat diteruskan sehingga hari ini.
“Dulu, saya yang memulakan Muafakat Nasional tetapi ‘DNA’ mereka adalah khianat.
“Kalau mereka boleh buang sikap itu, mungkin kita boleh pertimbangkan semula. Namun jika masih ada, lebih baik kita lupakan sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran pelan dasar sosial negara hari ini.
Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada gesaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, yang sebelum ini mengajak UMNO untuk menilai semula hala tuju politiknya dan kembali bekerjasama.
Dalam kenyataan tersebut, Abdul Hadi dilaporkan mengkritik keputusan UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan bersama PKR dan DAP.
Beliau mendakwa langkah itu menyebabkan parti berkenaan semakin lemah serta menyimpang daripada asas perjuangan Islam dan Melayu.
Untuk rekod, MN pernah dimeterai pada 2019 sebagai usaha menyatukan sokongan Melayu-Islam melalui kerjasama UMNO dan PAS.
Namun, gabungan itu mula retak selepas perbezaan pendirian politik, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, apabila kedua-dua parti mengambil haluan berbeza.
Perkembangan terbaharu ini menunjukkan jurang antara kedua-dua parti masih belum tertutup, meskipun terdapat seruan untuk kembali bekerjasama dalam landskap politik semasa.
Tukar MB Perlis tak perlu undi tak percaya, luar dewan pun boleh buat: Sanusi
PKR Shah Alam dakwa hanya tiga AJK keluar parti, masih utuh
21 pemimpin cabang PKR Shah Alam umum keluar parti
DAP sokong cadangan bubar DUN Negeri Sembilan
Isu agama dan kaum dimainkan Akmal beri beban kepada kerajaan: Rafizi
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi