Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan pendirian tidak bersetuju dengan sebarang cadangan menjadikan mana-mana kawasan di Selangor sebagai lokasi penternakan babi.
Menurut kenyataan dikeluarkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani, baginda berpandangan aktiviti penternakan babi berpotensi mencetuskan pencemaran udara serta menjejaskan sumber air.
Mengambil contoh cadangan projek penternakan babi di Bukit Tagar, Hulu Selangor, pihak istana berpendapat kawasan berkenaan mempunyai majoriti penduduk Melayu yang dijangka akan membantah cadangan tersebut.
Selain itu, kebimbangan turut tertumpu kepada risiko pencemaran kawasan tadahan air dan sungai yang menjadi sumber bekalan air bersih kepada penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Mohamad Munir berkata,
“Walaupun kaedah penternakan moden mampu mengawal pencemaran, kos pelaksanaannya sangat tinggi dan tiada jaminan ia dapat menghapuskan risiko pencemaran sepenuhnya,” kata kenyatan tersebut.
Isu penternakan babi di Selangor bukan perkara baharu dan sering mencetuskan perdebatan antara keperluan ekonomi, sensitiviti agama serta faktor alam sekitar.
Selangor yang pesat membangun juga berdepan kekangan tanah selain nilai hartanah yang tinggi, menyebabkan penggunaan tanah perlu dioptimumkan untuk pembangunan dan manfaat ekonomi jangka panjang.
Pihak istana turut berpandangan penternakan babi sama ada berskala besar atau kecil tidak sesuai dilaksanakan di negeri itu.
Sebaliknya, baginda mencadangkan kerajaan mempertimbangkan pemberian lesen pengimportan daging babi bagi memenuhi permintaan masyarakat bukan Islam, khususnya kaum Cina di Selangor.
“Kaedah ini bukan sahaja dapat menyelesaikan isu penternakan babi yang berlarutan, malah membolehkan tanah dimanfaatkan untuk pembangunan lain yang memberi nilai ekonomi lebih tinggi,” katanya.
Pada masa sama, baginda menyambut baik pendirian Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menyatakan projek tersebut tidak perlu diteruskan sekiranya tiada kawasan sesuai dikenal pasti.
Baginda juga menegaskan isu ini perlu dimuktamadkan segera kerana ia boleh menimbulkan keresahan masyarakat serta menjejaskan keharmonian negeri.
Semua pihak turut diseru menghormati titah baginda demi memastikan perpaduan dan kestabilan masyarakat terus terpelihara.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib