Kes scam..
Seorang suri rumah berusia 36 tahun kerugian RM38,505 selepas terpedaya dengan tawaran kerja dalam talian yang menjanjikan komisen lumayan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa membuat laporan polis pada 19 Ogos selepas menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan.
Menurutnya, kejadian bermula pada 15 Ogos apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa mewakili TikTok untuk membuat pengesahan alamat.
Mangsa kemudian menerima satu bungkusan di rumah sebelum dihubungi semula dan diminta membuat ulasan terhadap barangan berkenaan menerusi kumpulan WhatsApp.
“Bagi tugasan pertama itu, mangsa menerima komisen sebanyak RM3,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata, mangsa selepas itu ditawarkan tugasan lain dengan janji pulangan komisen lebih tinggi, namun perlu membuat bayaran terlebih dahulu sebelum komisen boleh diperoleh.
Mangsa dipercayai terpedaya dengan tawaran tersebut lalu membuat lima transaksi ke beberapa akaun bank berbeza membabitkan keseluruhan RM38,505 antara 15 hingga 18 Ogos.
“Mangsa kemudiannya dimaklumkan memperoleh ganjaran RM2,100, namun wang itu dikatakan dibekukan dan hanya boleh dikeluarkan selepas membuat bayaran tambahan.
“Curiga selepas diminta membuat bayaran lagi, mangsa menyedari dirinya ditipu sebelum tampil membuat laporan polis,” katanya.
Azli berkata, semua urusan tawaran kerja berkenaan dilakukan secara dalam talian tanpa sebarang pertemuan dengan suspek, manakala wang yang digunakan mangsa adalah simpanan sendiri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Kes penipuan tawaran kerja dalam talian sebelum ini sering menggunakan modus operandi hampir sama, iaitu mangsa ditawarkan tugasan mudah dengan bayaran kecil sebagai umpan sebelum diminta membuat bayaran lebih besar atas alasan mendapatkan komisen atau membuka tugasan seterusnya.
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
Jerebu makin membimbangkan, tiada kawasan catat IPU sihat
Hantaran KWSP RM100,000 warnai pernikahan Syed Saddiq, Bella
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum