Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial

June 13, 2026 · Politik

Ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei, menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali, berhubung dakwaan campur tangan kerajaan dalam isu sekatan kandungan dan akaun di platform media sosial.

Tei berkata bersetuju menerima pelawaan tersebut dan bersedia untuk hadir pada bila-bila masa, sambil meminta pihak J-KOM menetapkan tarikh, masa, lokasi serta moderator bagi sesi debat berkenaan.

“Saya menerima cabaran itu. Saya ingin tahu di mana tempatnya, siapa hos, pukul berapa dan tarikhnya. Saya bersedia.

“Saya harap beliau tidak menarik diri. Beliau Ketua Pengarah J-KOM, jadi jagalah maruah jawatan itu. Saya akan berjumpa beliau minggu depan,” katanya dipetik laporan media.

Tei berkata, debat itu perlu diadakan bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak menjelaskan pendirian masing-masing berhubung dakwaan campur tangan kerajaan dalam urusan sekatan kandungan di media sosial yang menjadi perhatian ramai kebelakangan ini.

Perkembangan itu berlaku selepas Mohd Hisyamuddin membuat laporan polis terhadap Tei di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Khamis lalu.

Dalam laporan tersebut, Mohd Hisyamuddin mendakwa Tei mengeluarkan tuduhan tidak berasas terhadap Kementerian Komunikasi selain mengganggu ketenteraman awam.

Beliau turut menggesa polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Mohd Hisyamuddin juga mendakwa tindakan Tei hadir ke premis kerajaan dengan tujuan mencetuskan provokasi, mengganggu urusan rasmi dan menimbulkan keresahan dalam kalangan penjawat awam tidak boleh dipandang ringan.

Ketika sidang media selepas membuat laporan polis itu, Mohd Hisyamuddin menawarkan pentas debat kepada Tei bagi membincangkan isu berkenaan secara terbuka.

Berita berkaitan
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
7 jam lalu· Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
12 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat dakwaan kebocoran data Khairul Aming
July 21, 2026· Isu semasa
IRC 2026 perkukuh agenda digital selamat Malaysia: MCMC
July 21, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN NS: Anwar harap pengundi kekalkan Aminuddin berdasarkan rekod
3 jam lalu · Politik
PRN N9: PH ikrar teruskan dasar beri manfaat kepada rakyat
8 jam lalu · Politik
Malaysia kekal tegas, tidak tunduk desakan Ahli Kongres AS: Loke
10 jam lalu · Politik
PMX: Kerajaan PH Negeri Sembilan berjaya kembalikan hasil pembangunan kepada rakyat
13 jam lalu · Politik
DUN Jeram Padang: Kebajikan rakyat jadi keutamaan Manivanan
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok