MCMC mengambil tindakan mahkamah terhadap platform Telegram.
Kadar pematuhan aplikasi media sosial, Telegram adalah paling rendah dan sebahagiannya tidak mengikut syarat dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kata Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi itu berkata Telegram tidak mengikut garis panduan menurunkan kandungan berbahaya di platform tersebut dan selaras itu pihak MCMC memanggil pengendali aplikasi itu untuk berbincang minggu hadapan.
“Saya mengarahkan SKMM memanggil Telegram untuk satu mesyuarat minggu hadapan bagi membincangkan isu ini,” katanya kepada pemberita, selepas satu program di Pantai Dalam pagi tadi.
Pada 19 Jun, MCMC memfailkan saman sivil terhadap Telegram dan dua salurannya kerana didakwa menyebarkan kandungan berbahaya yang boleh menghakis kepercayaan terhadap institusi awam dan mengancam ketenteraman awam.
MCMC berkata dua saluran tersebut, ‘Edisi Siasat’ dan ‘Edisi Khas’, didapati telah menerbitkan kandungan yang melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Tindakan ini merupakan yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial.
“Ia susulan kegagalan serius Telegram menangani kandungan berulang kali dilaporkan kepada pihak mereka, walaupun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama telah dilakukan SKMM,” katanya.
Fahmi berkata setakat 24 Jun tahun ini, SKMM telah meminta 1,188,528 kandungan berbahaya di pelbagai platform media sosial diturunkan. Bagaimanapun, hanya 173,642 permintaan itu dipatuhi.
“Daripada jumlah ini, 51% kandungan yang diturunkan adalah iklan perjudian dalam talian, manakala 24% adalah penipuan dalam talian.
“Kami akan mengambil tindakan tegas untuk memastikan rakyat Malaysia tidak menjadi mangsa jenayah siber,” katanya.
Fahmi menegaskan MCMC hanya boleh membuat permintaan, tetapi platform itu sendiri perlu melakukan apa yang perlu bagi memastikan kandungan tersebut tidak boleh diakses dalam negara.
Hanya 15 peratus rakyat beli diesel pada harga pasaran: PMX
Nahas helikopter Kalimantan Barat: Rakyat Malaysia terkorban dikenal pasti
Harga minyak dunia turun selepas pembukaan Selat Hormuz
Polis pertahan guna Akta Hasutan terhadap pengguna TikTok
Kes tular pemandu bas riba kekasih: Pasangan dipenjara, didenda RM5,000
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan