Tender terowong dasar laut hanya untuk mengaburi mata rakyat, kata saksi kes Guan Eng

October 15, 2025 · Politik

Proses tender terbuka bagi projek mega terowong dasar laut Pulau Pinang yang bernilai berbilion ringgit didakwa hanyalah satu sandiwara untuk mengaburi mata orang ramai, menurut keterangan di Mahkamah Sesyen di sini.

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zulhilmi Ramli, yang merupakan saksi pendakwaan, memberitahu mahkamah siasatan mendapati projek tersebut telah dijanjikan secara khusus kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG) milik Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, walaupun ia disangka dibuka untuk tender.

Beliau berkata, semua laporan penilaian telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Penilaian Kewangan negeri pada 4 April 2012, yang dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan negeri pada masa itu, Mokhtar Mohd Jait.

“Dalam mesyuarat itu, Mokhtar mengarahkan laporan itu dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) untuk dibentang kepada tertuduh dan ahli EXCO.

“Siasatan saya mendapati semua langkah ini semata-mata untuk mengelirukan orang ramai kerana syarikat Datuk Zarul sudah dijamin mendapat projek ini,” jelas Zulhilmi dalam keterangannya.

Zulhilmi memberikan keterangan itu dalam perbicaraan rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang membabitkan projek bernilai RM6.3 bilion itu di hadapan Hakim Azura Alwi.

Beliau mendedahkan Permintaan Cadangan (RFP) bagi projek itu disediakan secara tergesa-gesa dengan input penting daripada wakil CZBUCG, sekaligus memberi kelebihan tidak adil kepada syarikat tersebut.

“Ini menguatkan penemuan saya bahawa MoU yang ditandatangani bukan sekadar perjanjian kerjasama, tetapi sebaliknya satu cara untuk membolehkan CZBUCG membantu kerajaan negeri dalam menyediakan RFP,” katanya lagi.

Zulhilmi turut mempersoalkan satu mesyuarat pada 11 Julai 2011 di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Pulau Pinang yang dihadiri wakil kerajaan dan tiga pegawai CZBUCG, termasuk Zarul.

“Tertuduh tidak memberi penjelasan yang memuaskan mengapa semua mesyuarat ini mengecualikan Kementerian Kerja Raya,” tambahnya.

Beliau berkata, keputusan tender akhir yang memihak kepada CZBUCG dengan jurang penilaian yang besar berbanding pesaing terdekat, VST Cemerlang, membuktikan lagi pengetahuan dalaman syarikat itu akibat penglibatan mereka dalam merangka RFP.

“Walaupun laporan dibentangkan kepada EXCO, siasatan saya menyimpulkan bahawa proses itu hanyalah formaliti untuk mencipta gambaran transparensi, sedangkan projek sebenarnya telah dijanjikan kepada syarikat Zarul,” katanya.

Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya untuk meminta suapan berhubung projek tersebut.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
13 jam lalu· Politik
Najib pulang ke rumah, Loke kekal dengan keputusan letak jawatan
14 jam lalu· Politik
Seludup rokok: Datuk antara tiga ditahan SPRM, rasuah polis RM1 juta
November 4, 2026· Isu semasa
Projek jalan luar bandar: Mahfuz sindir Zahid, jangan hanya pandai salahkan MOF
November 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
13 jam lalu · Politik
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
13 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
14 jam lalu · Politik
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
14 jam lalu · Politik
Tiada kerjasama rasmi Bersatu-PH, sokongan tetap dialu-alukan: Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok