Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil, mengesahkan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dijangka akan diberikan tanggungjawab baharu untuk terus membantu Perdana Menteri dan kerajaan pada masa hadapan.
Pengumuman ini dibuat berikutan tamatnya perkhidmatan Tengku Zafrul sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Menurut Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, keputusan ini mengambil kira sumbangan dan peranan signifikan yang dimainkan oleh Tengku Zafrul sepanjang beliau mengetuai kementerian tersebut.
“Tengku Zafrul akan terus membantu Perdana Menteri dan kerajaan, mungkin dalam bentuk kedudukan atau jawatan yang berbeza di masa depan,” jelas Fahmi kepada media semasa sidang media mingguan hari ini.
“Tetapi, apa jawatan atau kedudukan itu belum dinyatakan lagi, jadi kita kena tunggu bila tiba masanya,” tambahnya.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini menandakan sidang terakhir buat Tengku Zafrul dalam kapasitinya sebagai Menteri MITI.
Fahmi turut menyampaikan penghargaan rasmi kerajaan terhadap khidmat bakti bekas menteri itu.
“Jemaah Menteri telah merakam ucapan jutaan terima kasih kepada Tengku Zafrul dan Perdana Menteri (juga) mengucapkan terima kasih di atas khidmat bakti dan kejayaan beliau,” ujarnya.
Beliau turut menekankan kejayaan Tengku Zafrul, terutamanya dalam menarik pelaburan serta menjayakan banyak rundingan pelaburan untuk negara.
Peralihan ini berlaku ekoran tamatnya penggal kedua Tengku Zafrul sebagai Senator, yang membawa kepada penamatan tugasnya di MITI pada 2 Disember lalu.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib