Nik Nazmi dan Rafizi letak jawatan sebagai menteri sebelum ini.
Setakat sekarang ini, kerajaan tiada rancangan untuk menggantikan dua menteri yang letak jawatan baru-baru ini.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tiada keperluan mendesak untuk membuat rombakan Kabinet ketika ini dan tugas dua menteri yang letak jawatan itu akan dipangku sementara oleh menteri lain.
“Tiada keperluan mendesak untuk rombakan sekarang. Dua menteri letak jawatan dan beri masa mereka untuk melakukan apa yang perlu dan menghabiskan cuti. Saya luluskan permohonan cutinya.
“Sekarang urusan kerajaan berjalan seperti biasa dan mesyuarat Kabinet akan dimaklumkan mengenai menteri yang akan pangku (tugas),” katanya.
Anwar mengulas kedudukan Kabinet selepas pengunduran Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad minggu lalu susulan kekalahan mereka mempertahan jawatan timbalan presiden dan naib presiden PKR.
Anwar terdahulu menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.
Pada 28 Mei lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan mengesahkan bahawa Anwar sudah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Rafizi sebagai Menteri Ekonomi dan Nik Nazmi sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan, selepas meneliti permohonan itu.
Terdahulu, Rafizi mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri.
Peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada 17 Jun 2025. Bermula 28 Mei beliau akan menghabiskan baki cuti tahunan hingga 16 Jun 2025.
Sementara itu, Nik Nazmi mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa pada 4 Julai 2025. Beliau bercuti mulai 29 Mei hingga 3 Julai 2025.
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan