Rafizi Ramli.
PAS disindir Rafizi Ramli kerana menukar-nukar pendirian sebanyak tiga kali berkait isu melibatkan institusi kehakiman yang menjadi tumpuan awam.
Bekas timbalan presiden PKR itu berkata pemimpin PAS tidak mempunyai pendirian tetap dalam isu cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan pelantikan hakim mahkamah atasan yang disuarakan, malah sering membuat kenyataan yang berbeza-beza.
“Dalam seminggu, PAS berubah pendirian 3 kali. Ini mirip kepada kebolehan PAS menjatuhkan hukuman yang berbeza-beza mengikut keadaan, asalkan boleh tunggang,” katanya menerusi kenyataan video yang dimuat naik di laman sosial Facebook beliau hari ini.
Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menetapkan syarat supaya beliau menyertai himpunan `Turun Anwar’ sebelum bersetuju dengan cadangan penubuhan RCI itu.
Bagaimanapun, tidak lama kemudiaan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari pula menyebut kenyataan Tuan Ibrahim itu bukan pendirian parti, sebaliknya menyokong cadangan penubuhan RCI.
Namun, sehari kemudian, dakwa Rafizi, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan pula membuat pusingan U dengan menegaskan pembangkang menolak cadangan penubuhan RCI tersebut.
Sementara itu, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi berkata, isu kebebasan badan kehakiman sepatutnya diberi perhatian oleh semua pihak tanpa mengira laba politik.
Namun, akhirnya, ujar beliau, yang lebih lantang bersuara adalah backbencher (penyokong) kerajaan kerana pembangkang hanya berminat untuk `tebuk atap’ supaya dapat menjadi menteri semula.
“Memang susah untuk tidak menunggang kalau satu-satunya strategi politik yang ada adalah menunggang.
“Tapi hati-hati, kalau Pas salah tunggang, nanti nampak bangang,” katanya.
Sebelum ini, Rafizi serta lapan Ahli Parlimen PKR mendesak kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam pelantikan hakim dan keputusan kes mahkamah yang kini mencetuskan kebimbangan terhadap kebebasan institusi kehakiman negara.
Akmal bidas DAP Kota Melaka cadangkan isytihar darurat tangguh PRN
Puad sokong PRN Johor diadakan lebih awal, yakin UMNO-BN berpeluang cerah
Speaker belum terima surat letak jawatan Ketua Pembangkang: Laporan
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan