Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail.
Tiga lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan berikutan insiden yang mengakibatkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, cedera di kepala semasa operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru hari ini.
Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan Sulizmie Affendy sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan dalam keadaan stabil.
Sulizmie Affendy dipercayai cedera akibat dibaling objek semasa bertugas mengawal keadaan.
“Beliau mengalami luka ketika menjalankan penugasan dalam operasi berkenaan.
“Saya percaya beliau mendapat rawatan sempurna. Berikutan insiden itu, kita menahan tiga individu, semuanya lelaki untuk siasatan lanjut,” katanya semasa ditemui media selepas Majlis Penutupan Simposium Sains Forensik Kebangsaan Untuk Penguatkuasaan Undang-Undang (NAFSLE) edisi keenam di Maktab PDRM, Cheras.
Beliau menegaskan operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa adalah berlandaskan undang-undang selepas mahkamah mengeluarkan perintah dan pampasan dibayar.
“Mungkin ada perkara yang tidak memuaskan hati pihak tertentu sehingga berlaku kekecohan,” tambahnya.
Mohd Khalid juga memberi jaminan keadaan keselamatan di kawasan berkenaan serta sekitar Kuala Lumpur adalah terkawal dan berada di bawah pengawasan berterusan anggota polis.
Beliau menasihati orang ramai supaya mengekalkan keharmonian dan tidak bertindak mengikut emosi.
“Jangan bertindak membuta tuli. Pastikan maklumat yang diterima daripada sumber sahih supaya perkara yang berlaku dapat dikawal dengan baik,” katanya.
Insiden itu berlaku semasa operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru, yang telah menjadi tumpuan berikutan keputusan mahkamah yang berkaitan dengan kawasan tersebut.
Bekas pengarah penyelidikan IPTA ditahan kes rasuah RM1 juta: Laporan
Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
Keputusan kes saman barang kemas Rosmah ditetapkan 10 Jun
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan