Presiden Amerika, Donald Trump.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dijangka tiba di Malaysia hari Ahad ini, 26 Oktober, bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di ibu negara.
Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil memaklumkan kehadiran Presiden Trump itu telah disahkan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat lepas.
“Disahkan – Donald Trump akan tiba di Malaysia pada 26 Oktober. Kementerian Luar akan memaklumkan sebarang perubahan,” katanya pada sidang media di Pusat Media Antarabangsa dan Pusat Siaran Antarabangsa, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Mengenai persiapan sidang kemuncak tersebut, Fahmi berkata setakat ini semua berjalan lancar.
“Kami membuat persiapan menyeluruh bagi memastikan perjalanan sidang kemuncak ini lancar dan menggambarkan komitmen Malaysia sebagai tuan rumah,” ujarnya.
Pada Isnin lepas, Trump dilaporkan menyebut secara terbuka buat pertama kali mengenai rancangannya untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat, tetapi tidak memberikan perincian lanjut.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bertemakan “Inklusiviti dan Kelestarian” akan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober, dengan penyertaan daripada pemimpin tertinggi 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog utama termasuk AS, China, Jepun dan India.
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri