Gelombang tsunami pertama melanda pesisir pantai Wilayah Iwate di Jepun.
Gelombang tsunami pertama setinggi kira-kira 40 sentimeter dilaporkan melanda pesisir pantai Wilayah Iwate, Jepun susulan gempa bumi kuat yang menggegarkan bahagian utara negara itu.
Menurut laporan penyiar NHK yang dipetik agensi berita antarabangsa, fenomena tersebut dikesan selepas gempa berukuran 7.5 magnitud berlaku di Lautan Pasifik berhampiran utara Pulau Honshu, melibatkan kawasan Aomori dan Iwate.
Gegaran maksimum direkodkan pada tahap 5+ mengikut skala intensiti seismik Jepun.
Pihak berkuasa segera mengeluarkan amaran tsunami melibatkan kawasan pesisir Pasifik dari Hokkaido hingga ke utara Honshu.
“Tsunami telah dikesan di laut dan sedang menghampiri beberapa kawasan pantai,” lapor NHK, sambil menasihatkan penduduk supaya berwaspada dan menjauhi kawasan pesisir.
Dalam perkembangan berkaitan, operator tenaga utama Jepun sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap loji kuasa nuklear di kawasan terjejas.
Tohoku Electric Power memaklumkan Loji Kuasa Nuklear Onagawa di Wilayah Miyagi sedang diperiksa bagi memastikan tiada kerosakan atau gangguan operasi.
Sementara itu, Tokyo Electric Power (TEPCO) turut mengesahkan loji Kuasa Nuklear Fukushima-1 dan Fukushima-2 sedang diperiksa untuk mengesan sebarang anomali.
“Setakat ini, tiada keadaan kecemasan dilaporkan di mana-mana loji,” menurut laporan agensi berita Kyodo.
Jepun sememangnya terletak di Lingkaran Api Pasifik, kawasan yang kerap mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi.
Negara itu juga mempunyai sistem amaran awal tsunami yang canggih, dibangunkan selepas tragedi besar gempa bumi dan tsunami 2011 yang meragut ribuan nyawa serta mencetuskan krisis nuklear di Fukushima.
20 kawasan dilanda jerebu, Sri Aman paling teruk
RCI Tabung Haji: Bekas pengerusi TH, KSP direman tujuh hari
Bekas menteri dijangka didakwa rasuah esok, identiti belum didedahkan: Laporan
Banjir Nepal: Kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri