Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi Awang membidas kenyataan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa PAS mempunyai “DNA pengkhianat” sehingga menolak kerjasama politik antara kedua-dua parti.
Dalam catatan Minda Presiden PAS pada Isnin, Hadi berkata tuduhan tersebut tidak berasas, malah mendakwa UMNO sendiri kini “dikepung” isu DNAA sehingga terus bergantung kepada kerjasama dengan DAP dalam kerajaan perpaduan.
Menurut beliau, PAS tetap berpegang kepada prinsip Islam bahawa seseorang tidak bersalah selagi tidak dibuktikan di mahkamah.
“PAS tidak pernah menjadikan tuduhan mahkamah sebagai halangan kepada perpaduan Melayu dan Islam,” katanya.
Hadi turut menyindir beberapa pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan kes DNAA atau dilepaskan tanpa dibebaskan, sambil mendakwa keadaan itu menjadi faktor parti berkenaan terus kekal bersama Pakatan Harapan dan DAP.
Beliau turut mengimbau sejarah hubungan PAS dan UMNO sejak era awal kemerdekaan, termasuk kerjasama menentang komunis serta sokongan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Namun, katanya, undang-undang itu kemudiannya digunakan terhadap pemimpin PAS sendiri.
“DNA khianat itu sebenarnya ada pada UMNO, bukan PAS,” katanya.
Ahli Parlimen Marang itu juga mendakwa UMNO kini berada dalam keadaan lemah selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 sehingga terpaksa bekerjasama dengan DAP bagi meneruskan survival politik.
Menurut Hadi, PAS pernah bekerjasama dengan UMNO dan Bersatu dalam kerajaan Perikatan Nasional sebelum berlaku krisis politik yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.
Beliau mendakwa tindakan beberapa pemimpin UMNO ketika itu yang menarik sokongan terhadap kerajaan menjadi punca perpecahan politik Melayu.
Pada masa sama, Hadi turut mengkritik pelaksanaan undang-undang berkaitan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R) yang menurutnya menyekat kebebasan bersuara dan meminggirkan Islam.
“UMNO jangan jadi penakut dalam kerajaan PH sehingga suara rakyat dan kepentingan Islam diketepikan,” katanya.
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi