Bencana banjir.
Beberapa kawasan rendah di tujuh jajahan di Kelantan dijangka berdepan banjir bermula 14 hingga 17 Disember susulan hujan berterusan yang diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) berkata unjuran itu dibuat selepas MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan tahap waspada. Menurut PRABN, jajahan yang berisiko ialah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.
“Bagi Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah, situasi ini berkait dengan lembangan Sungai Kelantan dan Sungai Golok, manakala Machang dan Kota Bharu turut terkesan di lembangan Sungai Kelantan,” katanya.
PRABN turut memaklumkan bahawa Pasir Puteh dijangka mengalami limpahan air dari lembangan Sungai Semerak, sementara Bachok melibatkan kawasan lembangan Sungai Semerak, Sungai Kemasin dan Sungai Gali.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata pihaknya akan meneruskan pemantauan rapi sepanjang tempoh tersebut.
“Jika hujan signifikan berterusan, banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan. Kami akan mengemas kini sebarang amaran dari semasa ke semasa,” katanya.
Agensi pengurusan bencana dan penduduk di kawasan berisiko turut diingatkan agar kekal berjaga-jaga.
“Orang ramai perlu peka dengan arahan pihak berkuasa dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini,” menurut kenyataan itu.
PRABN menasihatkan orang ramai merujuk laman web PublicInfoBanjir dan saluran rasmi di Facebook bagi maklumat semasa berhubung paras air dan amaran banjir.
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum