Ketua Penerangan Parti Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz.
Krisis dalaman Parti Bersatu terus memanas apabila beberapa pemimpin parti mengambil langkah meletakkan jawatan, sekali gus mencetuskan perdebatan tentang kesetiaan dan integriti dalam parti itu.
Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, menyindir tindakan segelintir wakil rakyat yang masih memegang jawatan walaupun didakwa mengkhianati mandat parti.
Kenyataan itu dibuat susulan peletakan jawatan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin, sebagai ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah.
Menurut Tun Faisal, tindakan melepaskan jawatan adalah langkah lebih bermaruah berbanding terus bertahan dalam keadaan yang dipersoalkan.
“Ada yang tunggu Lembaga Disiplin pecat mereka, tapi sampai sekarang tak juga dipecat. Baguslah kalau ada yang takut laknat Allah dan tak mahu makan gaji haram atau takut kena bayar RM10 juta kepada parti,” katanya dalam satu hantaran media sosial.
Beliau turut mempersoalkan pemimpin yang didakwa melafazkan sumpah setia namun gagal mematuhi Perlembagaan parti.
“Ada yang berbaiah dan bersumpah, tetapi tetap langgar arahan parti. Haram ke tak haram tu?” soalnya.
Kemelut ini memuncak minggu lalu apabila Bersatu memecat timbalan presiden parti, Hamzah Zainudin, bersama 16 pemimpin kanan lain. Langkah itu mencetuskan reaksi berantai di peringkat akar umbi.
Di Masjid Tanah, peletakan jawatan Mas Ermieyati yang juga Ketua Srikandi Bersatu, disusuli barisan ahli jawatankuasa bahagian.
Bekas setiausaha bahagian, Shahrul Azhar Amir, mendakwa tindakan tersebut berpunca daripada hilang kepercayaan terhadap presiden parti, Muhyiddin Yassin.
Sebelum ini, 11 ketua bahagian di Johor termasuk Johor Bahru, Mersing dan Tanjung Piai turut mengumumkan pembubaran bahagian masing-masing.
Namun Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali, menegaskan menurut perlembagaan parti, ketua bahagian tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan bahagian secara sah.
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar