Tun Faisal tegur Sanusi, kesombongan boleh bawa padah seperti Firaun dan Qarun

September 16, 2025 · Politik

Ketegangan dalam kalangan pimpinan Perikatan Nasional (PN) semakin memuncak apabila Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, menjawab kritikan sinis daripada Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor.

Tun Faisal, melalui hantaran di media sosial, mengingatkan kepimpinan dalam Islam tidak boleh dinilai semata-mata berdasarkan kekayaan material atau kekuatan jentera.

Beliau menegaskan sikap takabbur dan cinta dunia boleh menghancurkan seorang pemimpin, sepertimana yang berlaku kepada Firaun dan Qarun.

“Pemimpin dan orang berharta sering terdedah kepada takabbur, ujub, lalai, kufur nikmat dan mungkir janji.

“Inilah penyakit hati yang membawa kepada keruntuhan umat,” jelas Tun Faisal.

“Qarun binasa kerana ujub dengan harta, Firaun binasa kerana angkuh dengan kuasa. Harta dan bala tentera mereka tidak mampu menyelamatkan mereka daripada azab Allah,” tambahnya lagi.

Beliau turut memetik pandangan Imam al-Ghazali, cinta dunia merupakan punca segala kerosakan hati.

Menurutnya, pemimpin yang lupa bahawa kuasa dan hanyalah pinjaman sementara daripada Allah mudah terjebak dengan sifat sombong dan lupa daratan.

“Takabbur menjadikan pemimpin lupa asal usul, ujub menjadikan mereka kagum dengan diri sendiri tanpa menyandarkan kepada Allah,” tambahnya.

Tun Faisal menekankan kepimpinan sejati terletak pada amanah, akhlak, dan kesedaran bahawa segala yang dimiliki adalah milik Allah.

Beliau memberi amaran pemimpin yang bergantung pada kekayaan dan kedudukan semata-mata akhirnya akan kehilangan sokongan rakyat.

“Pemimpin Muslim yang sedar kuasa dan harta hanyalah pinjaman Allah akan menunaikan tanggungjawab dengan adil.

“Sebaliknya, mereka yang hanyut dengan penyakit hati akan menerima nasib seperti Qarun dan Firaun – mulia di dunia seketika, tetapi hina di sisi Allah,” tegasnya.

Kenyataan beliau ini dilihat sebagai balasan secara halus terhadap kenyataan yang dilontarkan oleh Sanusi.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
18 jam lalu· Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
18 jam lalu· Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
21 jam lalu· Politik
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
21 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
21 jam lalu · Politik
Kerugian hampir RM10 bilion: Zahid mahu FELDA diaudit secara forensik
21 jam lalu · Politik
Amirudin jumpa Anwar esok, bincang kerjasama PH-BN di Melaka
August 22, 2026 · Politik
Lantang isu luar negara, kenapa diam isu Tabung Haji? – Fahmi sindir PAS
August 22, 2026 · Politik
FELDA rugi RM2.3 bilion, pelaburan di Indonesia semasa era BN 2016 dipersoal: Radzi Jidin
August 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok