UMNO bentuk kerajaan dengan PH untuk selamatkan negara: Tok Mat

June 29, 2025 · Politik

Langkah untuk menyertai kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) adalah kerana UMNO-Barisan Nasional (BN) mahu menyelamatkan negara, kata Mohamad Hasan.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata keputusan dimuktamadkan untuk bekerjasama dengan PH kerana ketika itu ekonomi negara dalam keadaan tidak menentu memandangkan tiada kerajaan berjaya dibentuk, malah 10 Ahli Parlimen juga dicuri secara diam-diam untuk menyokong Perikatan Nasional (PN).

Katanya, untuk kali pertama dalam sejarah Malaysia moden selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tiada mana-mana pihak boleh membentuk kerajaan selepas tiga hari PRU berlangsung.

“Pada PRU15, PH dapat 82, PN (Perikatan Nasional) pula menang 73 kerusi, tapi masing-masing nak jadi Perdana Menteri. Dalam diam-diam mereka curi 10 orang (Ahli Parlimen) kita.

“Ketika itu, kita berhadapan dengan keadaan tidak menentu, ringgit merudum manakala pelabur sudah lari. Apabila disaran membentuk Kerajaan Perpaduan, kami bermesyuarat.

“Daripada 56 ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, 54 setuju manakala dua lagi berkecuali. Selepas mesyuarat, kami menyatakan persetujuan membentuk Kerajaan Perpaduan bersama PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang di Tangkak hari ini yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian, Abdul Rahim Talib.

Jelasnya lagi, UMNO tidak memerlukan gabungan mana-mana parti kerana mereka sudah ada rakan seperti MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

“Jadi, kita jangan terlalu mudah terperangkap dengan individu yang bercakap mengenai UMDAP,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad mengingatkan pemimpin dan UMNO supaya mengambil iktibar kekalahan sejak PRU15 pada 2018.

Katanya, kekalahan itu menyebabkan UMNO hilang beberapa kerusi dan tidak lagi membentuk kerajaan sebagai parti yang kukuh seperti mana direkodkan pada PRU sebelum itu.

“Kejayaan UMNO/BN di PRN Johor amat membanggakan tapi malangnya, pada PRU lalu (peringkat Parlimen) kita kecewa. Menang lebih dua pertiga di Johor dan Melaka tapi bila PRU, kita tidak seperti dijangkakan,” katanya

Berita berkaitan
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
September 5, 2026· Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
1 jam lalu· Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
20 jam lalu· Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
22 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
September 5, 2026 · Politik
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
1 jam lalu · Politik
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
15 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
20 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok