Presiden MIC, S.A. Vigneswaran.
Presiden MIC, S. A. Vigneswaran, membidas kritikan terhadap parti itu yang dikatakan hanya kerana mahu meneroka jajaran politik baharu di luar Barisan Nasional (BN), termasuk kemungkinan kerjasama dengan PAS.
Beliau menegaskan tindakan MIC itu tidak sepatutnya dijadikan isu memandangkan parti-parti politik lain sebelum ini juga pernah melakukan perkara serupa.
“Apabila Pakatan Rakyat mahu bekerjasama dengan PAS, ia dipuji sebagai ‘reformasi’. Apabila UMNO bekerjasama dengan PAS, ia disebut ‘penyatuan ummah’.
“Tetapi, apabila MIC hanya mempertimbangkan untuk berhubung dengan PAS, tiba-tiba ia menjadi isu. Tiba-tiba ia tidak dapat diterima ramai dan MIC diminta berdiam serta terkurung dalam batas politik yang ditetapkan orang lain. Inilah ‘double standard’ yang mesti kita hadapi,” kata Vigneswaran semasa ucapan dasarnya di hadapan perwakilan Perhimpunan Agung MIC ke-79 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini.
Menurut Vigneswaran, MIC sudah tidak lagi dihormati sebagai sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), sama ada sebagai ahli keluarga mahupun rakan sekutu.
Sebelum ini, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tajuddin Abdul Rahman, mendakwa MIC telah memutuskan untuk keluar daripada BN pada November lalu.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun pernah menegaskan BN tidak pernah memaksa mana-mana parti komponen untuk kekal atau keluar daripada gabungan itu, dan mengatakan ia adalah hak setiap parti.
Kes DNAA Zahid: Badan Peguam tunggu keputusan rayuan 14 Jun tahun depan
AMK: GPS, GRS sanggup terima PM daripada PAS?
Mahfuz persoal Sanusi: Mana hasil projek mega Kedah?
Isu perkataan ‘lighad’: Lim Sian See dipanggil polis
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum