Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi.
UMNO mengesahkan menerima banyak permohonan daripada bekas ahlinya yang mahu kembali menyertai parti itu, sekali gus mencerminkan usaha penyatuan semula parti keramat Melayu tersebut menjelang cabaran politik akan datang.
Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, setakat ini parti bersikap terbuka dan meraikan semua permohonan yang dikemukakan, selaras dengan semangat yang digariskan Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.
“Sebagai Setiausaha Agung, saya boleh maklumkan memang kita terima banyak permohonan dan kita raikan semuanya.
“Rumah ini terbuka untuk semua kerana mereka ini asalnya daripada rahim UMNO,” katanya pada sidang media ketika meninjau operasi Bilik Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.
Bagaimanapun, Asyraf menjelaskan UMNO belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, meskipun nama tokoh itu sering dikaitkan dengan spekulasi untuk kembali ke parti.
Mengulas lanjut, beliau mengakui ramai lagi bekas ahli UMNO yang menunjukkan minat untuk kembali, namun memilih untuk tidak mendedahkan identiti mereka buat masa ini.
Sementara itu, Asyraf melihat cadangan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa sebagai langkah strategik untuk memperkukuh parti dan meningkatkan peluang kemenangan pada pilihan raya akan datang.
“Mana-mana parti politik akhirnya perlu menang pilihan raya untuk memastikan agenda dan matlamat penubuhannya tercapai. UMNO perlu ada kuasa dan menang lebih banyak kerusi,” katanya.
Menurut beliau, perbincangan dalam PAU 2025 perlu dijadikan ruang muhasabah dan penambahbaikan agar UMNO kekal relevan dalam landskap politik semasa, selain terus memperjuangkan agenda agama, bangsa dan negara dalam konteks masyarakat berbilang kaum.
Menyentuh soal kerjasama UMNO dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), Asyraf menegaskan tiada keputusan dibuat setakat ini.
“Fokus kita sekarang adalah mengukuhkan kerajaan sedia ada demi kestabilan negara,” katanya.
ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan