UMNO kritik kenyataan Sanusi, gesa kempen fokus isu rakyat

16 jam lalu · Politik

UMNO menggesa semua pihak menjadikan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebagai medan memperkukuh perpaduan, bukannya memainkan isu kaum dan agama yang boleh memecahbelahkan rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Azalina Othman Said berkata Barisan Nasional (BN) dibina atas semangat kerjasama masyarakat berbilang kaum dan pendekatan itu menjadi asas kepada kestabilan negara sejak penubuhannya.

“BN merupakan sebuah gabungan yang dibina atas kesepakatan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan latar belakang.

“Kerjasama antara UMNO, MCA, MIC serta parti-parti komponen BN membuktikan kestabilan negara tidak lahir daripada politik kebencian, tetapi daripada keupayaan rakyat yang berbeza untuk duduk, berunding dan membina masa hadapan bersama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata BN terus mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, di samping menghormati hak serta kedudukan sah semua warganegara.

Azalina turut menyifatkan kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang menyebut “Cina ada China, India ada India, Kemboja ada Kemboja, Melayu hanya ada Malaysia” tidak boleh dipandang ringan.

Menurutnya, kenyataan sedemikian memberi gambaran seolah-olah rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India mempunyai tanah air lain, sedangkan Malaysia ialah tanah air mereka.

“Hakikatnya, bagi jutaan rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India, Malaysia bukan tempat persinggahan. Malaysia ialah tanah air mereka.

“Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan kedudukan Islam, institusi Raja-Raja Melayu serta hak Melayu dan Bumiputera. Perlembagaan yang sama turut menjamin hak dan kedudukan sah setiap warganegara tanpa mengira keturunan,” katanya.

Beliau berkata kempen PRN sepatutnya memberi tumpuan kepada isu yang benar-benar menyentuh kehidupan rakyat seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan, perumahan, pendidikan, kesihatan, pembangunan setempat dan masa depan generasi muda.

Azalina menegaskan BN tidak bergantung kepada politik yang menakut-nakutkan rakyat untuk meraih sokongan, sebaliknya menawarkan kestabilan, pengalaman dan kesederhanaan dalam mentadbir negara.

“BN tidak memerlukan politik yang menakut-nakutkan rakyat untuk memperoleh sokongan. Kita menawarkan kestabilan, pengalaman, kesederhanaan dan sebuah negara yang memberikan tempat kepada setiap warganegara.

“BN ialah rumah bersama seluruh rakyat Malaysia. Kita tidak akan membenarkan sesiapa merobohkan rumah ini demi keuntungan politik sementara,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika isu berkaitan kaum dan agama menjadi antara topik hangat sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan dengan beberapa pemimpin kerajaan dan pembangkang saling mengingatkan semua pihak supaya mengelakkan retorik yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk.

 

Berita berkaitan
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
5 jam lalu· Politik
Muhyiddin jangka kerjasama BN-PN sukar bertahan
8 jam lalu· Politik
PH yakin kekal kuasai DUN Pilah, namun enggan alpa
8 jam lalu· Politik
PRN NS: PH dakwa sudah lepasi sasaran pelaburan BN
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
6 jam lalu · Politik
Aminuddin dakwa manifesto BN tiru tawaran PH, salin dan tukar sahaja
6 jam lalu · Politik
BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS
6 jam lalu · Politik
Pemuda Amanah lapor polis kenyataan Sanusi, dakwa boleh cetus ketegangan kaum
11 jam lalu · Politik
Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
11 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok