UMNO mohon Agong ringankan hukuman Najib: Zahid

January 16, 2026 · Politik

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, secara terbuka merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Iskandar Shah, agar mempertimbangkan meringankan hukuman terhadap bekas perdana menteri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara.

Rayuan itu disuarakan Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Menurut beliau, UMNO kekal setia bersama Najib dan tidak pernah beralih pendirian sejak bekas presiden parti itu berdepan proses perundangan.

“UMNO tak pernah goyang bersama Datuk Najib. Sokongan kami tidak pernah berubah,” katanya disambut sorakan perwakilan.

Ahmad Zahid turut merafak sembah kepada Yang di-Pertuan Agong dengan memohon ihsan dan pertimbangan.

“UMNO telah merafak sembah, menjunjung kasih Tuanku agar insan bernama Najib Razak diberikan ihsan, pertimbangan dan keringanan untuk membolehkan beliau kembali ke pangkuan keluarga. Ampun Tuanku,” katanya.

Dalam nada penuh emosi, Ahmad Zahid turut menyampaikan salam daripada Najib kepada perwakilan yang hadir.

Katanya, Najib sendiri menghubunginya dari penjara dalam keadaan sukar.

“Beliau menitipkan salam dengan lafaz Assalamualaikum kepada sidang perwakilan sekalian,” ujar beliau.

Najib pada 26 Disember tahun lalu didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas 21 pertuduhan pengubahan wang haram dan empat pertuduhan salah guna kuasa berkaitan skandal kewangan 1MDB.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion bagi pertuduhan salah guna kuasa, selain hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan pengubahan wang haram.

Mahkamah turut memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak, menjadikan tempoh keseluruhan 15 tahun, yang akan bermula selepas Najib selesai menjalani hukuman berkaitan kes SRC International.

Jika gagal membayar denda, beliau berdepan tambahan hukuman penjara 10 tahun.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi pada 22 Disember menolak permohonan Najib untuk menjalani tahanan rumah, dengan Hakim Alice Yoke memutuskan titah diraja berkaitan perkara tersebut tidak sah di sisi undang-undang.

Berita berkaitan
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
April 18, 2026· Politik
Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi
4 jam lalu· Politik
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
4 jam lalu· Politik
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
4 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
April 18, 2026 · Politik
ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN
4 jam lalu · Politik
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
11 jam lalu · Politik
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
April 17, 2026 · Politik
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
April 16, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok