Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin.
UMNO menegaskan parti itu terbuka menerima sesiapa sahaja termasuk bekas ahli dan pemimpin politik yang ingin kembali menyertai perjuangan parti berkenaan menerusi gagasan Rumah Bangsa.
Naib Presiden UMNO Mohamed Khaled Nordin berkata, konsep Rumah Bangsa yang diperkenalkan bersifat inklusif dan tidak pernah menutup pintu kepada mana-mana individu.
“Kita terbuka untuk terima siapa sahaja kerana rumah kita ialah Rumah Bangsa, maknanya rumah kita itu besar. Kita terima sesiapa sahaja,” katanya selepas melancarkan Program Ekonomi Madani di Kem Batu Tiga, Kluang hari ini.
Kenyataan itu hadir ketika beberapa pemimpin Parti Bersatu dikenakan tindakan disiplin oleh parti berkenaan sejak kebelakangan ini.
Pada Ahad lalu, UMNO Terengganu dilaporkan sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid, untuk kembali menyertai UMNO susulan tindakan yang dikenakan terhadapnya oleh Bersatu.
Pada Isnin, Bersatu turut mengumumkan pemecatan Ketua Armada Bahagian Parit, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsuddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Mohamed Farid Mohamed Zawawi.
Selain itu, Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas dan ADUN Bukit Bunga, Mohd Almidi Jaafar digantung keahlian selama dua penggal pemilihan parti.
Sebelum ini, pada 9 Mei lalu, Bersatu turut memecat dua ADUN Kedah iaitu Abdul Razak Khamis dan Dzowahir Ab Ghani, selain menggantung tujuh lagi wakil rakyat parti itu.
Perkembangan tersebut dilihat mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan beberapa pemimpin Bersatu memilih menyertai parti lain, termasuk UMNO, menjelang landskap politik yang semakin dinamik ketika ini.
Rafizi, Nik Nazmi umum langkah politik baharu Ahad ini, tinggalkan PKR?
Isu hina sahabat Nabi, Menteri Agama nasihat ahli politik berhati-hati dalam ceramah
Permohonan pengampunan Jho Low di Amerika akan diteliti kerajaan
Kabinet kecam kenyataan Nik Zawawi hina sahabat Nabi: Fahmi
Dewan Ulamak PAS tegur Nik Zawawi berhubung isu ceramah sahabat Nabi
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil