Ketua Pemuda Sosialis DAP, Woo Kah Leong.
Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong menyifatkan kepentingan rakyat Malaysia mesti sentiasa diutamakan berbanding mempertahankan individu atau kumpulan yang disifatkannya sebagai pengkhianat negara.
Menurut Kah Leong, situasi politik hari ini adalah kesan langsung tindakan masa lalu yang menyebabkan kerajaan kini dan akan datang terpaksa menanggung beban hutang berat, ia selepas desakan UMNO dalam kes membabitkan kes mahkamah bekas presidennya, Najib Razak.
“Lebih baik mengkhianati pengkhianat negara beratus-ratus kali daripada mengkhianati rakyat Malaysia,” katanya sambil menekankan Pakatan Harapan (PH) tidak seharusnya tunduk kepada tuntutan tidak munasabah yang bercanggah dengan kehendak penyokong gabungan itu.
Beliau berkata, PH perlu kekal berpegang pada prinsip asas dan mempercepatkan agenda reformasi, bukannya terperangkap dalam permainan politik sempit.
“Daripada sibuk melayan permintaan yang tidak masuk akal, lebih baik kita fokus memacu reformasi dan menghantar mesej jelas bahawa PH berdiri teguh bersama masyarakat berbilang kaum,” ujarnya.
Kah Leong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, mengingatkan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara.
Mengimbau pengalamannya sebagai graduan undang-undang Universiti Malaya, beliau berkata prinsip kedaulatan undang-undang sepatutnya difahami oleh semua pihak.
“Namun sekarang, ada yang tidak faham, berpura-pura tidak faham, atau sengaja tidak mahu faham,” katanya.
Beliau turut mengaitkan soal integriti dengan nilai asas yang diajar sejak kecil.
“Sekolah rendah pun ajar kita jangan buat salah walaupun kecil. Kalau salah, minta maaf dan terima hukuman,” katanya, sambil menegaskan pengundi PH mahukan pembaharuan sebenar, bukan langkah ke belakang.
Menurutnya lagi, PH tidak perlu mengorbankan prinsip semata-mata untuk individu atau organisasi yang sejak awal tidak sehaluan dengan agenda reformasi.
Katanya, kerjasama politik adalah perkara biasa mengikut keperluan zaman, dengan mengambil contoh kerjasama DAP bersama PAS suatu ketika dahulu, serta Parti Bersatu dalam usaha menumbangkan pihak yang merompak kekayaan negara.
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan