Video tular pelajar tahfiz dikasari, Zahid gesa tindakan segera

December 19, 2025 · Isu semasa

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menggesa tindakan undang-undang diambil segera terhadap individu yang didapati bersalah mengasari dan mendera pelajar tahfiz, susulan beberapa insiden keganasan yang tular kebelakangan ini.

Beliau menegaskan, sebarang bentuk kekerasan dan penderaan terhadap kanak-kanak tidak boleh diterima, apatah lagi apabila ia berlaku dalam institusi pendidikan agama yang sepatutnya membentuk akhlak, ihsan dan kasih sayang.

“Saya memandang serius dan melahirkan kekesalan yang mendalam terhadap insiden-insiden yang melibatkan keganasan terhadap pelajar institusi pendidikan agama, termasuk kejadian di Sabah serta rakaman penderaan fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Zahid, perbuatan sedemikian bukan sahaja mencederakan mangsa, malah mencemar nama baik pendidikan Islam dan institusi tahfiz yang selama ini menjadi benteng pembentukan sahsiah ummah.

Beliau berkata, tindakan tegas perlu dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada bagi menegakkan keadilan dan mencegah kejadian berulang.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video memaparkan tindakan seorang tenaga pengajar didakwa memukul pelajarnya menggunakan topi keledar, manakala dalam kejadian lain seorang pelajar dilihat menggelupur kesakitan akibat dirotan bertalu-talu.

Bagaimanapun, Zahid menegaskan insiden berkenaan tidak mewakili keseluruhan ekosistem pendidikan tahfiz di negara ini.

“Majoriti institusi tahfiz, guru dan para asatizah telah melaksanakan amanah mendidik para pelajar dengan penuh dedikasi, hikmah dan tanggungjawab,” katanya.

Sebagai langkah memperkukuh perlindungan pelajar dan tadbir urus institusi tahfiz, beliau memaklumkan kerajaan sedang mempergiat usaha melaksanakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 yang dijadualkan dilancarkan tahun hadapan.

Dasar itu akan menumpukan aspek penguatkuasaan undang-undang, pemantapan kurikulum, pemerkasaan modal insan, peluasan laluan pendidikan serta kebolehpasaran huffaz.

Pada masa sama, beliau berkata Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia akan dilancarkan sempena Himpunan Huffaz 2025 di Bagan Datuk sebagai mekanisme menyeragamkan kualiti institusi tahfiz, termasuk kebajikan pelajar dan pematuhan perundangan, bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan berakhlak.

Berita berkaitan
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
5 jam lalu· Politik
PAS tolak ‘Rumah Bangsa’ kerana UMNO masih dengan DAP: Hadi
March 12, 2026· Politik
Ambil tindakan tegas juga terhadap pihak bertindak ganas: Akmal Saleh
March 11, 2026· Isu semasa
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
March 10, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
2,257 pengarah syarikat gagal bayar caruman disekat ke luar negara
5 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak kekal stabil walaupun berdepan konflik Asia Barat
5 jam lalu · Isu semasa
Stok beras dipertingkat hingga 9 bulan, bekalan mencukupi: Mohamad
5 jam lalu · Isu semasa
Politik stabil tarik minat pelabur asing ke Malaysia
5 jam lalu · Isu semasa
Saksi penting dalang komplot jatuhkan kerajaan berada di luar negara: Polis
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok