Wan Fayhsal patut tanya secara dalaman, Tun Faisal beri teguran

May 20, 2025 · Politik

Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad tidak sepatutnya mendedahkan perkara dalaman parti secara terbuka sehingga menimbulkan pelbagai polemik di kalangan umum.

Teguran dibuat Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz terhadap Ahli Parlimen Machang itu ekoran status yang ditulisnya dalam laman media sosial, Facebook.

Menurut Tun Faisal, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, Wan Fayshal sepatutnya boleh mendapatkan pencerahan mengenai status pemimpin-pemimpin utama yang didakwa tidak dilibatkan dalam program misi jelajah Bersatu melalui saluran dalaman parti.

“Soalan seperti ini boleh ditanya di dalam ‘grup whatsApps’ Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) (Bersatu).

“Ada ‘grup WhatsApps’ MPT, dia boleh tanya di sana untuk dapat Jawapan,” katanya melalui satu kenyataan ringkas dipetik Sinar Harian.

Pada Isnin, Wan Fayhsal membuat hantaran dalam laman Facebook mempersoalkan hanya Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang turun padang untuk Jelajah Bersatu.

“Kenapa Jelajah Bersatu turun ke negeri-negeri Timbalan (Presiden), Naib Presiden II tak dijemput?

“MPT (Majlis Pimpinan Tertinggi) pun tak dimaklumkan. Luar biasa?” ujarnya.

Untuk makluman, Bersatu telah memulakan misi jelajah ke negeri-negeri yang bakal berdepan pilihan raya negeri (PRN) pada awal tahun ini

Presidennya, Muhyiddin Yassin berkata, misi jelajah ini akan menjadi medium bagi parti itu mendengar taklimat awal berkaitan persiapan PRN yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.

Menurutnya, Bersatu juga telah mulakan gerak kerja bagi memantapkan lagi barisan kepimpinan selain penambahan ahli dengan menubuhkan cawangan-cawangan baharu di setiap pusat daerah mengundi (PDM).

Berita berkaitan
Amanah cadang PH bentuk ‘khemah besar’ hadapi PRU-16, kerjasama dengan Bersatu
September 4, 2026· Politik
DUN Melaka bubar selepas Perhimpunan Agung UMNO?
September 3, 2026· Politik
Kedudukan Bersatu dalam PN bakal dibincang, bakal disingkir?
September 1, 2026· Politik
Bersatu sambut baik langkah kerajaan ringankan beban rakyat: Muhyiddin
August 31, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
September 6, 2026 · Politik
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
September 6, 2026 · Politik
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
1 jam lalu · Politik
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
1 jam lalu · Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok