Wan Saiful, Wan Fayhsal antara dipanggil Lembaga Disiplin Bersatu esok: Laporan

October 7, 2025 · Politik

Enam orang pemimpin Parti Bersatu, termasuk dua ahli parlimen, akan berhadapan dengan prosiding Lembaga Disiplin parti esok, menurut sumber dalaman parti.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, adalah antara nama yang disenaraikan untuk dipanggil.

Kedua-dua mereka akan disiasat berhubung dakwaan terlibat dalam pengumpulan Surat Akuan Bersumpah (SD) untuk menggugat kedudukan Presiden parti, Muhyiddin Yassin.

Menurut laporan, mereka didakwa aktif mengumpul SD daripada ketua-ketua bahagian di seluruh negara bagi mendesak peralihan kuasa kepada Timbalan Presiden, Hamzah Zainudin.

Selain itu, siasatan turut membabitkan kenyataan kontroversi Wan Saiful terhadap Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali, berkenaan satu video lama yang didakwa membabitkan Azmin.

Selain Wan Saiful dan Wan Ahmad Fayhsal, antara pemimpin lain yang dipanggil ialah Ketua Bahagian Ipoh Timor, Muhammad Fadhli Ismail; Ketua Bahagian Ampang, Mohd Isa Saidi dan Ketua Bahagian Pendang, Abdul Razak Khamis.

Pada 25 September lalu, Lembaga Disiplin Bersatu terpaksa menangguhkan prosiding bagi memanggil beberapa pemimpin parti, berhubung isu SD bagi mendesak Muhyiddin berundur kerana tidak cukup korum berikutan ketidakhadiran seorang ahli panelnya.

Berita berkaitan
Muhyiddin dan PMO tidak campur tangan projek Jana Wibawa, mahkamah diberitahu
August 17, 2026· Politik
Tun Faisal kritik Hadi, boleh hadir program parti tapi ponteng sesi RCI TH
August 14, 2026· Politik
Jual ketakutan kepada orang Melayu, Mahfuz kritik corak politik PAS
August 14, 2026· Politik
Fahmi: Langkah MP Bersatu dan Bebas bahas RCI TH disifatkan bertanggungjawab
August 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
2 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
6 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
7 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
7 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok