Wi-Fi siap dipasang di universiti awam kini sudah 13,000: Fahmi

June 10, 2025 · Isu semasa

Kampus universiti awam di seluruh negara yang sudah siap dipasang kini adalah sebanyak 13,000 dan Kementerian Komunikasi sedang berusaha keras untuk meningkatkan capaian Internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata fasa pertama pemasangan sudah berjalan dan daripada 32,000 wifi yang disasarkan dipasang di kampus universiti seluruh negara sebanyak 13,000 lebih sudah siap dipasang.

“Setakat ini di seluruh negara daripada 32,000 Wi-Fi yang hendak dipasang di semua universiti awam, lebih kurang 13,000 ke 14,000 telah dipasang dan kita jangka untuk fasa kedua akan selesai dalam tempoh lebih kurang lima atau enam minggu dari sekarang.

“Setelah kita selesai fasa kedua, ada beberapa perkara perlu dibincangkan dengan pihak universiti, selain daripada kita meneliti dalam fasa pertama dan kedua sekiranya perlu ada penambahbaikan dalam kampus masing-masing, maka itu akan disertakan dalam fasa ketiga,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Suara, Siber dan Sempadan: Merungkai Dinamika Kebebasan Media dalam Era Digital yang diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Beliau berkata fasa ketiga pelaksanaan pemasangan Wi-Fi di universiti awam pula dijangka dimulakan dalam tahun ini juga selepas selesai fasa kedua.

Fahmi berkata kementerian akan mengadakan perbincangan dengan universiti terbabit bagi pengesahan lokasi untuk pemasangan Wi-Fi sebelum mengeluarkan tender.

“Jadi insya-Allah kita juga akan pastikan masalah Wi-Fi di UUM akan diberi fokus dalam fasa ketiga pelaksanaan pemasangan Wi-Fi di universiti-universiti awam dan saya telah mendapat pengesahan daripada pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) bahawa UUM antara tempat utama,” katanya.

Beliau berkata selain universiti awam, kementerian juga melaksanakan program sama di politeknik dan kolej komuniti.

Mengulas mengenai forum tersebut, Fahmi berkata ia merupakan satu platform dalam memberi penegasan kepentingan keseimbangan antara kebebasan media, hak bersuara dan tanggungjawab kepada masyarakat.

“Harapan saya dengan program seperti ini kita akan dapat tingkatkan perbincangan terutama di universiti-universiti awam.

“Dengan cara itu, dalam kalangan pelajar mereka akan terdedah terutama dengan pemain industri media dan mereka boleh mendengar sendiri realiti apa yang sedang berlaku dalam perubahan yang sangat rancak dengan kehadiran kecerdasan buatan, media sosial dan cabaran-cabaran lain bagi media arus perdana,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Yong Soo Heong.

Berita berkaitan
Peguam akan teliti komen Papagomo, pertimbang tindakan lanjut: Fahmi
April 7, 2026· Politik
Permohonan pendidikan percuma IPTA masih dibuka
March 8, 2026· Isu semasa
RUU had 10 tahun PM akan dibentang semula pada Jun ini
March 4, 2026· Isu semasa
Kerajaan perketat tindakan terhadap penggunaan deepfake: Fahmi
March 3, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Bekas pengarah penyelidikan IPTA ditahan kes rasuah RM1 juta: Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
7 jam lalu · Isu semasa
Keputusan kes saman barang kemas Rosmah ditetapkan 10 Jun
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok