Zafrul nafi dakwaan Rafizi mengatakan negara bayar tarif berganda kepada AS

February 23, 2026 · Isu semasa

Tengku Zafrul Abdul Aziz menafikan dakwaan Malaysia membayar tarif hampir dua kali ganda berbanding negara lain kepada Amerika Syarikat (AS), sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak tepat dan mengelirukan.

Bekas menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu mengulas kritikan bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS yang dimeterai pada 26 Oktober 2025 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Menurut Zafrul, tarif 19 peratus yang sebelum ini dikenakan ke atas Malaysia sudah tidak lagi berkuat kuasa selepas keputusan Mahkamah Agung AS pada 21 Februari lalu.

“Apa benda yang kena bayar tarif dua kali ganda ni? Bila Mahkamah Agung AS dah batalkan tarif, maknanya tarif 19 peratus yang dikenakan terhadap Malaysia pun dah tak jadilah,” katanya menerusi hantaran di platform X hari ini.

Untuk rekod, ART dimeterai ketika ketidaktentuan perdagangan global memuncak susulan tindakan perlindungan perdagangan oleh beberapa kuasa besar dunia.

Langkah itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan pemimpin politik tempatan mengenai keperluan dan kesannya terhadap ekonomi negara.

Zafrul yang kini mempengerusikan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mempertahankan keputusan kerajaan ketika itu sebagai langkah berjaga-jaga demi melindungi kepentingan ekonomi negara.

Beliau mengibaratkan pendekatan tersebut seperti mengambil insurans perjalanan sebelum ke luar negara.

“Orang selalu fikir takkan jadi apa-apa. Tetapi bila masuk hospital di luar negara dan bil mencecah puluhan ribu ringgit, waktu itu barulah kita faham kenapa perlindungan itu penting. Kita sediakan payung sebelum hujan,” katanya.

Tambah beliau, Malaysia memilih untuk bertindak lebih awal tanpa menunggu proses mahkamah di AS selesai kerana kelewatan boleh menyebabkan negara berunding dalam keadaan kurang menguntungkan.

“Dalam perdagangan global hari ini, siapa lambat bergerak akan bayar harga yang mahal. Pendekatan proaktif beri kepastian kepada industri tempatan dan lindungi pekerjaan rakyat,” katanya.

Menurutnya, Malaysia bukan bersendirian dalam pendekatan itu apabila Kesatuan Eropah, United Kingdom, Jepun, Korea Selatan dan Indonesia turut mencapai persefahaman perdagangan dengan Washington.

“Ini bukan soal siapa paling kuat bercakap. Ini soal siapa paling awal bertindak untuk melindungi ekonomi negara,” katanya.

Berita berkaitan
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
June 23, 2026· Isu semasa
Malaysia-Bangladesh sepakat luas kerjasama pertahanan, pendidikan
June 22, 2026· Isu semasa
Selat Hormuz ditutup lagi, harga minyak dunia melonjak: Laporan
June 22, 2026· Isu semasa
Di Kazan, Anwar nyata pendirian Malaysia pertahan keamanan dunia
June 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
13 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
13 jam lalu · Isu semasa
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
13 jam lalu · Isu semasa
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
18 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok