Zahid gesa belia Sabah bangunkan negeri, tawar gaji premium

November 16, 2025 · Politik

Ahmad Zahid Hamidi, menggesa belia Sabah agar menjadi tonggak kestabilan politik dan pemacu kemajuan negeri dengan merebut peluang yang disediakan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa golongan muda, yang membentuk 54 peratus populasi Sabah adalah aset berharga yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi membendung masalah pengangguran yang masih mencatat kadar tertinggi di negara ini, iaitu 17.1 peratus.

“Kita mahu anak Sabah diberikan gaji premium, sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan, dengan syarat mesti melalui kursus TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional),” katanya semasa berucap di Program Karnival Lindung Kerjaya hari ini.

Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata insentif gaji premium itu bertujuan menggalakkan belia tempatan membina kerjaya di tanah air sendiri dan mengelak penghijrahan ke Semenanjung atau Sarawak.

Beliau turut mengumumkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memperkukuh latihan kemahiran dengan menambah pusat GiatMARA baharu di Sabah, termasuk sebuah di DUN Tempasuk.

“Kita mempunyai 25 GiatMARA di Sabah sekarang ini. Insya-Allah, untuk Rancangan Malaysia Ke-13, kita akan tambah penubuhan GiatMARA.

“Insya-Allah, kita akan percepatkan penubuhannya demi melatih anak muda khususnya dalam bidang yang mempunyai peluang pekerjaan dengan gaji tinggi,” ujarnya.

Inisiatif ini, katanya, selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan dalam sektor berteknologi tinggi dan berpendapatan tinggi, seterusnya memperkukuh ekonomi Sabah.

Zahid turut menekankan kepentingan kestabilan politik di Sabah sebagai asas untuk semua potensi pembangunan dapat direalisasikan secara menyeluruh bagi manfaat rakyat.

Berita berkaitan
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
20 jam lalu· Politik
NADI Inanam Sentral dibuka, peluang digital diperluas
23 jam lalu· Isu semasa
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
23 jam lalu· Politik
PRN Melaka: 14 November hari mengundi, penamaan calon 31 Oktober
October 7, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
14 jam lalu · Politik
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
14 jam lalu · Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
22 jam lalu · Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
22 jam lalu · Politik
DUN Sarawak dijangka bubar November, PRN makin dekat
October 7, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok