Zahid: Jangan merajuk, kembali kuatkan BN

January 16, 2026 · Politik

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya MCA dan MIC agar berhenti merajuk dan kembali memperkukuh kerjasama dalam gabungan yang telah dibina sejak lebih lima dekad lalu.

Ahmad Zahid mengakui hubungan dalam BN tidak terlepas daripada konflik, namun menegaskan ia ibarat hubungan adik-beradik yang akhirnya perlu kembali bersatu.

“Lidah lagi tergigit, inikan pula adik-beradik. Merajuk sekejap itu biasa, tapi janganlah merajuk lagi. Kita pun tak larat nak pujuk. Baliklah ke rumah besar ini,” katanya semasa ucapan dasar di hadapan ribuan perwakilan UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga menyeru semua parti komponen terus bersama demi rakyat dan kestabilan negara.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN mengakui penyertaan UMNO dalam kerajaan perpaduan telah mencetuskan ketegangan dalam kalangan parti komponen, namun menegaskan keputusan itu dibuat atas dasar kepentingan negara.

“Walaupun ada keretakan, alhamdulillah hari ini semua berada di hadapan kita. Ini tanda ruang untuk bersatu masih terbuka,” katanya.

Ucapan tersebut disampaikan di hadapan Presiden MCA, Wee Ka Siong, dan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan, ketika kedua-dua parti itu sebelum ini beberapa kali menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan UMNO serta hala tuju BN dalam kerajaan perpaduan.

Malah, wujud bayangan MCA dan MIC mempertimbangkan untuk meninggalkan BN, termasuk kelulusan usul keluar oleh MIC di peringkat negeri.

Untuk rekod, MCA sebelum ini memberi amaran agar BN tidak meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan, manakala MIC menangguhkan keputusan muktamad mengenai kedudukan mereka sehingga selepas sambutan Thaipusam pada 1 Februari depan.

Namun, selepas ucapan Ahmad Zahid, Ka Siong memberi komitmen MCA terhadap BN masih kekal.

“Setakat MCA, kami adalah parti pengasas BN. Itu masih pendirian kami,” katanya kepada media.

Saravanan pula memilih untuk tidak mengulas lanjut.

Berita berkaitan
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
September 6, 2026· Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
20 jam lalu· Politik
AMK sindir PAS: Sejak bila jadi jurucakap UMNO?
21 jam lalu· Politik
Johari: Biar presiden BN-PN bincang kerusi
21 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
September 6, 2026 · Politik
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
September 6, 2026 · Politik
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
September 6, 2026 · Politik
Syurga bukan milik parti politik: Menteri Agama
20 jam lalu · Politik
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
September 5, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok