17 Ketua Bahagian Johor pula desak Hamzah dipecat

February 12, 2026 · Politik

Seramai 17 pemimpin Bersatu di Johor mendesak Timbalan Presiden parti, Hamzah Zainuddin, dipecat daripada jawatan dan keanggotaan parti susulan dakwaan salah laku kepimpinan dan pelanggaran perlembagaan parti.

Desakan itu dibuat menerusi satu memorandum bersama yang menyatakan tindakan tersebut bukan bermotifkan sentimen politik, sebaliknya berasaskan soal disiplin, integriti serta kelayakan moral untuk terus memimpin parti.

Menurut mereka, keyakinan terhadap Hamzah sudah hilang sepenuhnya.

“Kepercayaan terhadap Hamzah sudah runtuh sepenuhnya, khususnya berkaitan kegagalannya menyelesaikan kemelut dalaman BERSATU di Johor serta memulihkan perpaduan di Perak,” menurut kenyataan itu.

Memorandum tersebut turut menyenaraikan beberapa dakwaan termasuk kegagalan ketika mengendalikan Pilihan Raya Negeri Sabah, kegagalan mengawal penyokong yang didakwa melanggar perlembagaan parti, serta penglibatan dalam insiden kekecohan semasa Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2025.

Selain itu, Hamzah juga didakwa menjalankan rundingan dengan pihak luar tanpa mandat kepimpinan tertinggi parti serta terlibat dalam usaha menjatuhkan Presiden melalui pengumpulan Akuan Berkanun.

Pemimpin Johor itu turut menggesa Lembaga Disiplin menjalankan prosiding segera, manakala Majlis Pimpinan Tertinggi diminta menggunakan kuasa perlembagaan untuk mengambil tindakan tegas tanpa kompromi.

“Pada tahap ini, pemecatan bukan lagi pilihan, sebaliknya satu keperluan mutlak demi mempertahankan masa depan parti,” kata mereka.

Perkembangan terbaharu ini dijangka memberi kesan kepada kestabilan dalaman parti menjelang sebarang pilihan raya akan datang serta hubungan antara kepimpinan pusat dan negeri.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada Hamzah berhubung desakan tersebut.

Berita berkaitan
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
April 13, 2026· Politik
Mat Maslan cadang tangguh PRN Johor, Melaka
April 13, 2026· Politik
Hamzah sudah hantar surat letak jawatan Ketua Pembangkang: Mahfodz
April 12, 2026· Politik
Tun Faisal sindir Hamzah: Masuk rumah orang jangan lupa diri nak halau tuan asal
April 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
10 jam lalu · Politik
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
14 jam lalu · Politik
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
14 jam lalu · Politik
PKR Titiwangsa cadang kuota subsidi diesel kepada pengguna persendirian
April 13, 2026 · Politik
Samsuri sahkan pengunduran Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
April 13, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok