195 saksi akan dipanggil dalam inkues kematian Zara bermula 3 Sept

August 18, 2025 · Isu semasa

Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini menetapkan bulan September ini sebagai tarikh permulaan inkues bagi menentukan punca kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu dalam keadaan mengejut.

Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz, yang bertindak sebagai Koroner, memutuskan inkues akan dijalankan dalam beberapa sesi bermula 3 September hingga 30 September depan.

Sebanyak 195 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam prosiding yang dijangka mendapat perhatian tinggi masyarakat ini.

Zara Qairina, 13 tahun, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada pagi 16 Julai lalu. Mangsa kemudian meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth sehari kemudian.

Kematiannya mencetuskan kemarahan orang ramai apabila timbul dakwaan bahawa Zara mungkin menjadi mangsa buli sebelum kematiannya.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan semalam memaklumkan keputusan menjalankan inkues dibuat selepas meneliti laporan siasatan polis yang dikemukakan pada 12 Ogos lalu.

“Memandangkan kes ini berkepentingan awam tinggi, kami akan memohon inkues dipercepatkan demi memastikan keadilan bukan hanya untuk keluarga Zara, tetapi juga untuk kepentingan masyarakat umum,” menurut kenyataan AGC.

Proses inkues ini penting untuk menentukan sama ada terdapat unsur jenayah dalam kematian Zara atau sebaliknya. Ia akan dijalankan dalam beberapa sesi bermula 3 sehingga 30 Seotember.

Pagi tadi, kawasan sekitar mahkamah dipantau rapi oleh pihak polis yang bertugas menjaga ketenteraman awam.

Kehadiran media yang ramai menunjukkan betapa tingginya minat masyarakat terhadap perkembangan kes ini.

Kes Zara Qairina bukan sekadar tragedi peribadi keluarga, tetapi telah menjadi isu nasional yang menyentuh sensitiviti masyarakat terhadap isu buli dan keselamatan pelajar di sekolah.

Inkues yang akan datang diharapkan dapat memberikan kejelasan dan penutup yang adil bagi kes yang telah menggemparkan negara ini.

Berita berkaitan
Komuniti Sook didedah cara elak ancaman siber menerusi Karnival Internet Selamat
July 18, 2026· Isu semasa
Saksi: Sebahagian RM13.8 juta disumbang kepada Bersatu
July 14, 2026· Politik
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
June 13, 2026· Politik
Anwar umum kenaikkan Geran Interim kepada Sabah RM1.5 Bilion
May 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
3 jam lalu · Isu semasa
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
4 jam lalu · Isu semasa
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
7 jam lalu · Isu semasa
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok