5,000 pekerja diberhentikan akan ditawar pakej pemisahan kompetitif

June 10, 2025 · Isu semasa

Petronas menawarkan pakej pemisahan yang kompetitif bagi 5,000 pekerja yang akan diberhentikan dan mengulangi komitmen untuk menjaga kebajikan mereka.

Pakej tersebut adalah sebahagian langkah pelaksanaan penstrukturan semula syarikat dan member jaminan memastikan setiap keputusan dibuat secara adil, beretika dan profesional.

“Pekerja yang terkesan akan menerima pakej pemisahan yang kompetitif di pasaran – melebihi keperluan minimum mengikut undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

Petronas juga memaklumkan bahawa selain bantuan kewangan, pekerja yang terlibat akan menerima sokongan emosi, bimbingan kerjaya dan bantuan pencarian pekerjaan, panduan perancangan kewangan, serta akses kepada program bantuan perubatan, peningkatan kemahiran dan latihan semula.

“Pakej dan manfaat disusun berdasarkan tempoh perkhidmatan pekerja dan mungkin berbeza mengikut kategori serta kelayakan pekerja,” tambah kenyataan itu.

Khamis lalu, Presiden dan CEO kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Aziz, mengumumkan syarikat itu akan mengurangkan lebih 5,000 pekerja dalam usaha menjimatkan kos berikutan kejatuhan harga minyak mentah.

Katanya, mereka yang terkesan akan dimaklumkan secara berperingkat hingga tahun depan, manakala pembekuan pengambilan pekerja berkuat kuasa sehingga Disember 2026.

Hari ini, Petronas berkata pihaknya menubuhkan majlis peralihan dan jawatankuasa pembangunan pekerja bagi memudah cara pemetaan bakat serta memastikan keputusan penempatan dibuat secara kolektif berasaskan platform yang ditetapkan.

“Proses ini juga mematuhi keperluan undang-undang dan mengguna pakai amalan hubungan industri yang sewajarnya,” kata syarikat itu.

Katanya, pihaknya berhubung dengan jabatan berkaitan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan perundangan.

Petronas juga bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui platform MyFutureJobs untuk meneroka peluang penempatan bagi pekerja yang layak dalam sektor lain.

Menurut syarikat itu, penempatan kakitangan yang terkesan dalam pelbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain, termasuk syarikat minyak dan gas, turut sedang diteroka.

“Sebagai tambahan, program keusahawanan syarikat di bawah Petronas Innovation Garage menawarkan laluan berpandu ke arah pemilikan perniagaan bagi mereka yang ingin meneroka kerjaya alternatif,” katanya.

Berita berkaitan
Kes kematian pelajar Irene Sofiya: Anwar arah siasatan segera, telus
October 4, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: Anwar beri ‘hint’ berita gembira untuk mahasiswa
October 3, 2026· Isu semasa
PKR buka semula pintu, tiga bekas MP diterima sebagai ahli semula: Laporan
October 3, 2026· Politik
Anwar ulas peletakan jawatan MP Petaling Jaya: Terima kasih atas sumbangan selama ini
October 2, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
4 jam lalu · Isu semasa
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
4 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
4 jam lalu · Isu semasa
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
4 jam lalu · Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok