MCMC dan PDRM kesan 1,501 kandungan jelik kanak-kanak dalam media sosial

June 23, 2025 · Isu semasa

Sebanyak 1,501 kandungan jelik yang dimuat naik dalam media sosial melibatkan kanak-kanak dikenal pasti antara Januari hingga 15 Jun tahun ini, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC berkata tindakan mengenal pasti itu hasil kerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah PDRM yang terlibat sama memantau kandungan dalam media sosial.

Jelas agensi itu, sebanyak 94 peratus (1,415 kandungan) berjaya diturunkan hasil kerjasama MCMC, penyedia platform digital dan aduan awam.

Katanya, pemantauan harian dan operasi seperti ‘Op Pedo’ yang dilaksanakan pada Disember 2024 turut membawa kepada penahanan 13 individu dan rampasan lebih 40,000 bahan eksploitasi seksual kanak-kanak (CSAM) di beberapa negeri.

Tegasnya, tindakan menyebar, menyimpan atau mengkomersialkan kandungan eksploitasi seksual kanak-kanak merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Sabit kesalahan, ujarnya, boleh dikenakan hukuman denda hingga RM1 juta, penjara lima tahun atau kedua-duanya.

“Selain itu, perbuatan menghasilkan, menyebar, berkongsi, menjual, membeli, membuat capaian dan memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak juga merupakan kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah Seksyen 5 hingga 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Tambah kenyataan itu, sebagai pendekatan menyeluruh, MCMC turut mempergiatkan usaha kesedaran menerusi Kempen Internet Selamat (KIS) yang memfokuskan kalangan pelajar, ibu bapa dan juga komuniti.

Jelasnya, salah satu objektif kempen itu adalah menekankan larangan pemilikan akaun sosial media oleh kanak-kanak yang berumur 13 tahun dan ke bawah.

“MCMC dan PDRM menyeru semua pihak termasuk ibu bapa, pendidik, pemimpin komuniti, pemilik platform dan pengguna internet agar bersama membanteras eksploitasi seksual kanak-kanak.

“Setiap laporan awam akan membantu siasatan dan mencegah lebih banyak penganiayaan,” katanya.

Dalam masa sama, tambahnya, orang ramai diseru segera laporkan sebarang aktiviti dalam talian yang mencurigakan kepada MCMC melalui e-mel di aduanskmm@mcmc.gov.my, https://aduan.mcmc.gov.my, atau terus ke balai polis berhampiran.

Sebelum ini, negara dikejutkan dengan kewujudan Kumpulan Facebook (FB) dikenali sebagai ‘Grup Budak-Budak Sekolah Rendah’ yang didakwa menyebarkan gambar remaja perempuan tidak senonoh.

Bagaimanapun, kumpulan FB berkenaan sudah ditutup selepas MCMC menerima aduan daripada orang ramai dan siasatan berkenaan perkara itu sedang dijalankan pihak berkuasa.

Berita berkaitan
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026· Isu semasa
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
October 24, 2026· Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
October 24, 2026· Isu semasa
Kes scam: Tawaran komisen RM1,200, wanita rugi RM72,467
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
October 25, 2026 · Isu semasa
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
14 jam lalu · Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
15 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
21 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok