Ancaman siber terhadap kanak-kanak makin membimbangkan: NGO

May 10, 2026 · Isu semasa

Ancaman pemangsa siber terhadap kanak-kanak kini dilihat semakin serius susulan peningkatan kes eksploitasi seksual, buli siber dan penipuan dalam talian yang menyasarkan golongan muda.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Lee Lam Thye berkata perkembangan teknologi dan penggunaan internet tanpa kawalan membuka ruang kepada penjenayah untuk memperdaya kanak-kanak melalui media sosial, permainan dalam talian dan aplikasi komunikasi.

Menurut beliau, ramai kanak-kanak tidak menyedari mereka sedang dimanipulasi kerana pemangsa siber sering menyamar sebagai rakan sebaya atau individu yang dipercayai.

“Internet kini menjadi medan bagi penjenayah mengambil kesempatan terhadap sifat ingin tahu, kesunyian dan kelemahan emosi kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, isu keselamatan kanak-kanak di alam maya perlu diberi perhatian sama serius seperti keselamatan mereka di rumah, sekolah dan tempat awam.

Kebimbangan itu timbul selepas laporan media mendedahkan hampir 15,000 kes berkaitan eksploitasi dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak direkodkan antara tahun 2021 hingga 2025.

Lam Thye berkata, sekolah perlu memperkukuh pendidikan keselamatan digital supaya pelajar lebih peka terhadap ancaman siber dan tahu cara mendapatkan bantuan jika menjadi mangsa.

Pada masa sama, beliau menggesa pihak berkuasa mempertingkat keupayaan mengesan dan menyiasat jenayah seksual kanak-kanak termasuk kegiatan ‘online grooming’ dan pornografi kanak-kanak.

“Syarikat media sosial dan platform digital juga perlu memainkan peranan dengan memperketat sistem perlindungan kanak-kanak, termasuk pengesahan umur dan mekanisme aduan yang lebih berkesan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya lebih aktif memantau penggunaan internet anak-anak dan mengekalkan komunikasi terbuka bagi mengesan perubahan tingkah laku mencurigakan.

Katanya, antara tanda yang perlu diberi perhatian ialah anak menjadi terlalu berahsia mengenai telefon bimbit, kerap menggunakan internet lewat malam atau menerima hadiah daripada individu tidak dikenali.

Lam Thye menegaskan tindakan segera perlu diambil semua pihak bagi memastikan lebih ramai kanak-kanak tidak menjadi mangsa pemangsa siber yang berselindung di sebalik identiti palsu dan skrin digital.

Berita berkaitan
Wanita di Miri rugi hampir RM289,000 ditipu pelaburan saham palsu
5 jam lalu· Isu semasa
RTM, Unifi TV siar semua aksi Piala Dunia 2026
5 jam lalu· Isu semasa
Permohonan pengampunan Jho Low di Amerika akan diteliti kerajaan
5 jam lalu· Politik
Kabinet tak bincang pengurangan subsidi BUDI95
5 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit terus mengukuh menjelang pengumuman KDNK pada Jumaat
12 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan beri kerakyatan kepada warga China hanya fitnah: Saifuddin
13 jam lalu · Isu semasa
Jho Low dilapor mohon pengampunan Trump
13 jam lalu · Isu semasa
MTEN mahu sewa premis PBT dikurangkan segera: Menteri Ekonomi
May 12, 2026 · Isu semasa
Akmal mahu subsidi petrol wakil rakyat, bos GLC dipotong dulu
May 12, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok