Mandat kukuh PRU-16 mampu percepat reformasi ekonomi: OCBC

May 11, 2026 · Politik

Reformasi ekonomi negara dijangka terus dipacu lebih agresif sekiranya Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berjaya mengekalkan atau memperoleh mandat lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Penganalisis Ekonomi Kanan ASEAN OCBC, Lavanya Venkateswaran, berkata pentadbiran semasa dilihat semakin menunjukkan kredibiliti dalam melaksanakan pembaharuan ekonomi secara berperingkat dan tersusun sejak mengambil alih kerajaan pada 2022.

Menurut beliau, keputusan PRU-16 bakal menjadi penentu penting kepada kesinambungan agenda reformasi negara.

“Pilihan raya akan datang dilihat sebagai risiko dua hala kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan lebih penting lagi terhadap prospek reformasi negara,” katanya dalam nota penyelidikan terbaru OCBC.

Beliau berkata, reformasi ekonomi berisiko menjadi perlahan atau tergendala sekiranya kerajaan sedia ada tewas, namun momentum itu boleh dipercepatkan jika pentadbiran sekarang mendapat mandat lebih kukuh daripada rakyat.

OCBC turut menjangkakan PRU1-6 mungkin diadakan lebih awal daripada Februari 2028, malah tidak menolak kemungkinan ia berlangsung seawal tahun depan bagi diselaraskan dengan pilihan raya negeri Melaka dan Johor.

Sejak memegang tampuk pemerintahan, kerajaan MADANI memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pelaburan langsung asing (FDI), memperluas penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan global serta melaksanakan beberapa langkah rasionalisasi subsidi dan reformasi fiskal.

Pada masa sama, Lavanya berkata ekonomi Malaysia masih menunjukkan daya tahan walaupun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2026 dianggarkan sederhana kepada 5.3 peratus berbanding 6.3 peratus pada suku sebelumnya.

Katanya, sektor elektrik dan elektronik (E&E) terus menjadi pemacu eksport negara selain sokongan harga minyak sawit dan gas asli cecair (LNG) yang lebih tinggi.

“Permintaan domestik juga kekal kukuh walaupun ketidaktentuan global semakin meningkat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan risiko fiskal negara semakin mencabar berikutan kenaikan harga minyak dunia ketika subsidi RON95 masih dikekalkan untuk sebahagian besar rakyat.

Menurutnya, kerajaan mungkin mempertimbangkan langkah tambahan rasionalisasi subsidi sekiranya gangguan di Selat Hormuz berterusan dan memberi tekanan kepada pasaran tenaga global.

Dalam perkembangan lain, OCBC menjangkakan Bank Negara Malaysia akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sepanjang tahun ini kerana kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi dilihat lebih besar berbanding tekanan inflasi.

Berita berkaitan
Rafizi, Nik Nazmi umum langkah politik baharu Ahad ini, tinggalkan PKR?
May 13, 2026· Politik
Ringgit terus mengukuh menjelang pengumuman KDNK pada Jumaat
8 jam lalu· Isu semasa
MTEN mahu sewa premis PBT dikurangkan segera: Menteri Ekonomi
May 12, 2026· Isu semasa
AMK bidas pihak guna platform mahasiswa untuk agenda peribadi
May 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Isu hina sahabat Nabi, Menteri Agama nasihat ahli politik berhati-hati dalam ceramah
May 13, 2026 · Politik
Sanusi masih kekalkan dua ADUN Bersatu dipecat dalam kerajaan negeri
May 13, 2026 · Politik
Permohonan pengampunan Jho Low di Amerika akan diteliti kerajaan
May 13, 2026 · Politik
Kabinet kecam kenyataan Nik Zawawi hina sahabat Nabi: Fahmi
1 jam lalu · Politik
PRN, PRU serentak lebih jimat wang rakyat: AMK Johor
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok