Kerajaan pertimbang had baharu subsidi RON95: Chin Tong

May 12, 2026 · Isu semasa

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan lagi kuota bulanan petrol RON95 bersubsidi di bawah skim BUDI95 daripada 200 liter kepada 150 liter bagi memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik global.

Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata, cadangan itu dibuat berdasarkan data penggunaan semasa rakyat Malaysia yang menunjukkan majoriti pengguna tidak menggunakan petrol melebihi had berkenaan.

“Data menunjukkan secara konsisten bahawa 80 peratus rakyat Malaysia menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan.

“Langkah seterusnya ialah 150 liter kerana kira-kira 60 peratus penduduk menggunakan kurang daripada jumlah itu,” katanya semasa sesi perbincangan santai sempena program Affin Market Outlook 2026: Memacu Malaysia ke Hadapan.

Pada Mac lalu, kerajaan menurunkan had subsidi petrol daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan sebagai sebahagian usaha penyasaran subsidi bahan api.

Skim BUDI95 pula membolehkan pengguna yang layak membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter.

Cadangan terbaharu itu hadir ketika kerajaan turut meneliti langkah mengetatkan kelayakan subsidi dengan mengecualikan golongan berpendapatan tinggi atau T20 serta warga asing daripada menikmati subsidi bahan api.

Menurut Ching Tong, BUDI95 bukan sekadar skim subsidi tetapi juga mekanisme mengurus permintaan bahan api negara.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan Malaysia mempunyai bekalan petrol domestik yang stabil sekiranya konflik geopolitik di Timur Tengah berpanjangan.

Perbelanjaan subsidi bahan api kerajaan dilaporkan meningkat hampir 10 kali ganda susulan lonjakan harga minyak mentah dunia sejak akhir Februari lalu akibat ketegangan geopolitik di rantau tersebut.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan golongan rentan seperti penunggang motosikal dan isi rumah berpendapatan rendah akan terus diberi perhatian.

“Penunggang motosikal menggunakan sekitar 50 liter sebulan dan mereka perlu terus menikmati kadar subsidi tinggi. Jika golongan ini terbeban dengan kenaikan harga, kesannya bukan sahaja kepada ekonomi tetapi juga sosial dan politik,” katanya.

Dalam perkembangan sama, kerajaan juga masih merangka mekanisme subsidi diesel bersasar untuk Sabah dan Sarawak yang dijangka menggunakan pendekatan hampir sama seperti skim BUDI95.

Ujarnya lagi, Malaysia perlu mempercepat pelaburan dalam pengangkutan awam, elektrifikasi dan pembangunan bandar lebih mampan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil dalam jangka panjang.

Berita berkaitan
Kabinet tak bincang pengurangan subsidi BUDI95
1 jam lalu· Isu semasa
DAPSY kritik Akmal ‘lalat buta’ berhubung isu subsidi petrol
9 jam lalu· Politik
Akmal mahu subsidi petrol wakil rakyat, bos GLC dipotong dulu
May 12, 2026· Isu semasa
Kerajaan kaji semula subsidi RON95 untuk golongan T20
May 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Wanita di Miri rugi hampir RM289,000 ditipu pelaburan saham palsu
May 13, 2026 · Isu semasa
RTM, Unifi TV siar semua aksi Piala Dunia 2026
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh menjelang pengumuman KDNK pada Jumaat
9 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan beri kerakyatan kepada warga China hanya fitnah: Saifuddin
9 jam lalu · Isu semasa
Jho Low dilapor mohon pengampunan Trump
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok