Kerajaan kaji semula subsidi RON95 untuk golongan T20

May 10, 2026 · Isu semasa

Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menyemak semula pemberian subsidi petrol RON95 yang ketika ini turut dinikmati golongan berpendapatan tinggi atau T20.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu sedang diperhalusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Mohd Hassan Merican sejak sebulan lalu.

Menurut beliau, kerajaan masih menilai kaedah paling sesuai supaya langkah berkenaan tidak memberi kesan besar kepada golongan kelas menengah.

“Kita sudah meneliti dan ada perbincangan sama ada ia membabitkan T5, T10, T15 atau T20 kerana kita tidak mahu ia memberi kesan kepada kelas menengah atas.

“Jadi, mereka sedang menelitinya dan saya harap ia dapat dimuktamadkan nanti,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Mahasiswa India di Universiti Malaya hari ini.

Cadangan semakan subsidi itu kembali menjadi perhatian selepas Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan melaksanakan subsidi bersasar secara lebih menyeluruh, termasuk menilai semula pemberian subsidi RON95 kepada golongan T20.

Menurutnya, subsidi bahan api lebih wajar difokuskan kepada golongan B40 dan M40 yang lebih terkesan dengan peningkatan kos sara hidup serta ketidaktentuan ekonomi global.

Cadangan tersebut merupakan antara 25 resolusi utama yang dibincangkan dalam program Rundingan Meja Bulat Nasional (RIMBUN) 2.0 yang memfokuskan isu kedaulatan ekonomi negara.

Ketika ini, semua rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif layak menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95, tanpa mengira tahap pendapatan.

Kerajaan sebelum ini beberapa kali menegaskan pendekatan subsidi bersasar perlu dilaksanakan bagi mengurangkan ketirisan dan memastikan bantuan benar-benar dinikmati golongan yang memerlukan.

Langkah itu juga dilihat penting dalam usaha kerajaan mengawal perbelanjaan fiskal negara yang terus meningkat setiap tahun.

Berita berkaitan
Isu jalan luar bandar: Zafrul sindir ada pihak guna cybertrooper Vietnam
5 jam lalu· Politik
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
13 jam lalu· Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
15 jam lalu· Isu semasa
Putrajaya lulus hampir semua projek pembangunan Kelantan: Menteri Besar
16 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
6 jam lalu · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
13 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor gering, istiadat 1 November ditunda
October 31, 2026 · Isu semasa
Kerajaan lulus RM250 juta siapkan KB Sentral, tambah bantuan pendidikan Islam Kelantan
October 31, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
16 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok