Kontroversi hina sahabat Nabi, PAS nafi Nik Zawawi direhatkan dari jawatan

May 12, 2026 · Politik

PAS menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh, direhatkan daripada jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama parti itu susulan kontroversi kenyataannya berkaitan sahabat Rasulullah.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, mengesahkan surat yang tular di media sosial sejak petang tadi adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh parti berkenaan.

Dipetik laporan Malaysiakini, Takiyuddin berkata surat yang menggunakan namanya itu hanyalah cubaan menyebarkan maklumat tidak benar.

Beliau turut memuat naik semula imej surat terbabit dengan cop perkataan “PALSU” sebagai penjelasan rasmi PAS.

Terdahulu, media sosial kecoh dengan penyebaran sepucuk surat yang mendakwa Nik Muhammad Zawawi direhatkan sementara daripada tugasnya dalam Majlis Syura Ulama PAS.

Surat itu dipercayai dikaitkan dengan ucapan beliau dalam satu ceramah politik di Kuala Terengganu hujung minggu lalu.

Dalam ceramah tersebut, Nik Muhammad Zawawi didakwa mengeluarkan kenyataan kontroversi mengenai beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW termasuk Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman Affan dan Ali Abi Talib sebelum mereka memeluk Islam.

Antara kenyataan yang mengundang kecaman ialah dakwaannya bahawa Abu Bakar merupakan seorang “bapa ceti” yang menindas golongan miskin, manakala Umar pula digambarkan sebagai seorang yang zalim sebelum memeluk Islam.

Susulan itu, Pemuda PAS Selangor tampil menasihati pemimpin kanan parti tersebut agar segera bertaubat dan memperbetulkan kenyataan yang dianggap sensitif oleh umat Islam.

Berita berkaitan
Isu hina sahabat Nabi, Menteri Agama nasihat ahli politik berhati-hati dalam ceramah
May 13, 2026· Politik
Kabinet kecam kenyataan Nik Zawawi hina sahabat Nabi: Fahmi
1 jam lalu· Politik
Dewan Ulamak PAS tegur Nik Zawawi berhubung isu ceramah sahabat Nabi
8 jam lalu· Politik
Nik Zawawi jelaskan isu ceramah sahabat Nabi
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi, Nik Nazmi umum langkah politik baharu Ahad ini, tinggalkan PKR?
May 13, 2026 · Politik
Sanusi masih kekalkan dua ADUN Bersatu dipecat dalam kerajaan negeri
May 13, 2026 · Politik
Permohonan pengampunan Jho Low di Amerika akan diteliti kerajaan
May 13, 2026 · Politik
PRN, PRU serentak lebih jimat wang rakyat: AMK Johor
8 jam lalu · Politik
Akta Lompat Parti perlu diambil kira sebelum terima bekas pemimpin Bersatu
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok