Jho Low dilapor mohon pengampunan Trump

May 13, 2026 · Isu semasa

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, dilaporkan sedang berusaha mendapatkan pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bagi menggugurkan pertuduhan jenayah yang dihadapinya di negara itu.

Menurut laporan Wall Street Journal (WSJ), permohonan tersebut dikatakan telah difailkan beberapa minggu lalu berdasarkan maklumat daripada sumber yang mengetahui perkara berkenaan.

Laporan itu turut menyebut laman web Jabatan Kehakiman AS (DOJ) menyenaraikan satu permohonan atas nama Taek Jho Low yang masih dalam proses.

Permohonan itu dikategorikan sebagai “Pardon after Completion of Sentence” atau pengampunan selepas tamat hukuman, walaupun sehingga kini tiada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh pihak Jho Low mahupun kerajaan AS.

Sekiranya diluluskan, pengampunan tersebut berpotensi menggugurkan semua pertuduhan jenayah yang dihadapi Jho Low di AS berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang pernah menggemparkan dunia.

“Permohonan itu masih dalam proses semakan,” menurut laporan WSJ yang dipetik media tempatan hari ini.

Jho Low menjadi individu utama yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia dan antarabangsa susulan dakwaan penyelewengan dana 1MDB bernilai berbilion dolar.

Namanya turut tersenarai dalam notis merah Polis Antarabangsa (INTERPOL) sejak beberapa tahun lalu.

Pada Disember 2018, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadapnya bagi membantu siasatan berkaitan 1MDB.

Namun sehingga kini, lokasi sebenar ahli perniagaan itu masih tidak diketahui walaupun pelbagai usaha ekstradisi dilakukan kerajaan Malaysia.

Selain menjadi buruan pihak berkuasa, Jho Low juga dianggap saksi penting dalam beberapa prosiding mahkamah berkaitan kes 1MDB, termasuk perbicaraan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Skandal 1MDB sebelum ini mencetuskan siasatan di beberapa negara termasuk AS, Switzerland dan Singapura selepas dana syarikat pelaburan strategik negara itu didakwa diseleweng dan digunakan untuk membeli aset mewah, hartanah serta membiayai gaya hidup golongan tertentu.

Berita berkaitan
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
October 28, 2026· Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
October 28, 2026· Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
October 28, 2026· Isu semasa
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
October 23, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Sultan Selangor gering, istiadat 1 November ditunda
3 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan lulus RM250 juta siapkan KB Sentral, tambah bantuan pendidikan Islam Kelantan
3 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media: MPI hargai komitmen kerajaan perkukuh industri media
4 jam lalu · Isu semasa
Bantu golongan miskin tanggungjawab kerajaan: Anwar
8 jam lalu · Isu semasa
PMX umum tambahan geran bantu usahawan kecil sebanyak RM200 juta
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok