Dewan Ulamak PAS tegur Nik Zawawi berhubung isu ceramah sahabat Nabi

8 jam lalu · Politik

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengakui terdapat beberapa fakta tidak tepat dalam ceramah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh, yang menyentuh latar kehidupan beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW sebelum memeluk Islam.

Ketua Penerangan DUPP, Mohd Nor Hamzah berkata pihaknya telah meneliti rakaman ceramah berkenaan serta mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan sebelum membuat pendirian.

Menurutnya, DUPP mengakui beberapa kenyataan berkaitan Sayidina Abu Bakar RA, Sayidina Umar RA dan Sayidina Uthman RA tidak tepat dari sudut fakta sejarah Islam.

“Para sahabat Rasulullah SAW merupakan generasi terbaik umat Islam yang wajib dimuliakan dan dipelihara kehormatan mereka. Sebarang huraian berkaitan sejarah dan keperibadian mereka perlu disampaikan secara tepat, beradab dan berpandukan disiplin ilmu yang sahih,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut memaklumkan teguran dalaman telah diberikan kepada Nik Zawawi supaya lebih berhati-hati ketika menyampaikan ceramah berkaitan sejarah Islam.

Kontroversi tercetus selepas Nik Zawawi dalam satu ceramah di Kuala Terengganu menggambarkan Sayidina Abu Bakar sebagai “bapa ceti”, manakala Sayidina Umar pula disebut mempunyai sifat ganas dan terlibat dengan budaya zina sebelum kedatangan Islam.

Kenyataan itu mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin PAS sendiri serta beberapa ilmuwan agama yang menganggap penyampaian tersebut tidak sesuai dan boleh menimbulkan salah faham terhadap kedudukan para sahabat Nabi.

Bagaimanapun, Nik Zawawi mempertahankan kenyataannya dengan menegaskan beliau tidak berniat menghina para sahabat Rasulullah SAW.

Katanya, penjelasan itu dibuat bagi menggambarkan realiti masyarakat Arab pada zaman jahiliah sebelum menerima hidayah Islam.

“Saya tidak menghina sahabat Nabi. Kita kena berlaku adil dan melihat perkara ini secara positif. Banyak kitab sejarah menjelaskan suasana masyarakat Arab ketika itu yang dipengaruhi sistem jahiliah,” katanya.

Sementara itu, DUPP berkata budaya menasihati dalam perkara ilmu perlu diteruskan secara beradab dan berdasarkan fakta yang sahih demi memastikan kefahaman Islam dalam masyarakat terus terpelihara.

Berita berkaitan
Isu hina sahabat Nabi, Menteri Agama nasihat ahli politik berhati-hati dalam ceramah
May 13, 2026· Politik
Kabinet kecam kenyataan Nik Zawawi hina sahabat Nabi: Fahmi
1 jam lalu· Politik
Nik Zawawi jelaskan isu ceramah sahabat Nabi
8 jam lalu· Politik
Kontroversi hina sahabat Nabi, PAS nafi Nik Zawawi direhatkan dari jawatan
May 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi, Nik Nazmi umum langkah politik baharu Ahad ini, tinggalkan PKR?
May 13, 2026 · Politik
Sanusi masih kekalkan dua ADUN Bersatu dipecat dalam kerajaan negeri
May 13, 2026 · Politik
Permohonan pengampunan Jho Low di Amerika akan diteliti kerajaan
May 13, 2026 · Politik
PRN, PRU serentak lebih jimat wang rakyat: AMK Johor
8 jam lalu · Politik
Akta Lompat Parti perlu diambil kira sebelum terima bekas pemimpin Bersatu
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok