DAPSY kritik Akmal ‘lalat buta’ berhubung isu subsidi petrol

12 jam lalu · Politik

Ketua DAPSY, Woo Kah Leong mengkritik Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh susulan perbezaan pandangan berhubung cadangan pelarasan subsidi petrol melibatkan golongan berpendapatan tinggi atau T20.

Dalam kenyataan hari ini, Kah Leong menyifatkan pendekatan Akmal sebagai tidak matang dan “berpolitik seperti lalat buta” kerana didakwa menyerang pihak tertentu tanpa mempertimbangkan keseluruhan kesan ekonomi semasa.

Menurut beliau, semua lapisan masyarakat turut menerima tempias kenaikan kos hidup akibat ketidaktentuan ekonomi global dan konflik Asia Barat, justeru kuota subsidi BUDI95 tidak sepatutnya dikurangkan secara terburu-buru.

“Tidak kiralah B40, M40 atau T20, semua terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang. T20 mungkin nampak kaya, tetapi ramai dalam kalangan mereka mempunyai komitmen besar termasuk menggaji pekerja dan menanggung keluarga,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar itu turut mengingatkan bahawa parti politik perlu membuat keputusan berdasarkan penelitian menyeluruh dan bukannya retorik populis semata-mata.

Beliau turut membandingkan pendekatan Akmal dengan Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki yang menurutnya lebih berhati-hati dalam mengulas isu subsidi dan definisi golongan T20.

Dalam kenyataan sama, Kah Leong turut menyindir Akmal sebagai “Exco bertaraf golok kayu” serta membangkitkan semula kenyataan pemimpin UMNO itu sebelum ini yang mahu melepaskan jawatan Exco negeri bagi memberi tumpuan kepada perjuangan politik.

“Daripada terus menyerang sana sini, lebih baik tunaikan janji letak jawatan. Sekarang sudah masuk bulan Mei,” katanya lagi.

Semalam, Akmal dilaporkan menggesa Kerajaan MADANI supaya tidak mengambil pendekatan “pukul rata” dalam menangani isu subsidi petrol.

ADUN Merlimau itu menegaskan bantuan kerajaan seharusnya lebih tertumpu kepada golongan berpendapatan rendah yang lebih terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.

Menurut beliau, individu bergaji besar masih mampu menanggung kos bahan api walaupun subsidi dikurangkan, berbeza dengan pekerja bergaji rendah yang lebih memerlukan bantuan kerajaan untuk kelangsungan hidup harian.

Berita berkaitan
Kabinet tak bincang pengurangan subsidi BUDI95
5 jam lalu· Isu semasa
PRN, PRU serentak lebih jimat wang rakyat: AMK Johor
12 jam lalu· Politik
Akta Lompat Parti perlu diambil kira sebelum terima bekas pemimpin Bersatu
12 jam lalu· Politik
DAP Melaka pertahan cawangan baharu di kawasan Melayu, kecewa UMNO tak sokong
May 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi, Nik Nazmi umum langkah politik baharu Ahad ini, tinggalkan PKR?
5 jam lalu · Politik
Isu hina sahabat Nabi, Menteri Agama nasihat ahli politik berhati-hati dalam ceramah
5 jam lalu · Politik
Sanusi masih kekalkan dua ADUN Bersatu dipecat dalam kerajaan negeri
5 jam lalu · Politik
Permohonan pengampunan Jho Low di Amerika akan diteliti kerajaan
5 jam lalu · Politik
Kabinet kecam kenyataan Nik Zawawi hina sahabat Nabi: Fahmi
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok