DAP Melaka pertahan cawangan baharu di kawasan Melayu, kecewa UMNO tak sokong

May 12, 2026 · Politik

Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong meluahkan kekecewaan terhadap reaksi beberapa pemimpin UMNO susulan penubuhan cawangan pertama DAP di Kampung Padang Temu Kini dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang majoriti pengundinya Melayu.

Menurut Ahli Parlimen Kota Melaka itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO tidak menggambarkan semangat Malaysia berbilang kaum yang sedang dibina bersama oleh rakyat negara ini.

Beliau berkata, Malaysia sedang bergerak ke arah masyarakat yang lebih matang, di mana rakyat pelbagai kaum dan agama mampu hidup harmoni tanpa menjejaskan Perlembagaan Persekutuan serta asas-asas penting negara.

“Penubuhan cawangan DAP di Kampung Padang Temu Kini membuktikan DAP bukan parti untuk satu kaum sahaja, tetapi parti untuk semua rakyat Malaysia,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Poay Tiong turut menegaskan kepimpinan tidak seharusnya dinilai berdasarkan kaum, sebaliknya kemampuan seseorang pemimpin menjalankan amanah dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Isu longkang ialah isu semua kaum. Isu masjid, kuil dan alam sekitar juga melibatkan semua rakyat Malaysia. Kita perlu menjaga antara satu sama lain,” katanya.

Beliau menambah, rakyat hari ini tidak lagi memerlukan hanya satu kaum untuk mewakili kaum tertentu kerana pemimpin daripada pelbagai latar belakang mampu membawa suara seluruh masyarakat.

“Yang paling penting ialah seseorang pemimpin itu boleh bekerja, turun padang dan menjalankan tanggungjawab kepada rakyat,” katanya lagi.

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Abdul Razak Abdul Rahman mengingatkan DAP supaya tidak cuba membina persepsi bahawa parti itu kini semakin diterima masyarakat Melayu sehingga mahu dilihat sebagai ‘juara Melayu’.

Kenyataan itu dibuat selepas penubuhan cawangan DAP di Kampung Padang Temu Kini diangkat sebagai satu sejarah baharu kerana ia berlaku di kawasan majoriti Melayu.

 

Berita berkaitan
PRN, PRU serentak lebih jimat wang rakyat: AMK Johor
13 jam lalu· Politik
Akta Lompat Parti perlu diambil kira sebelum terima bekas pemimpin Bersatu
13 jam lalu· Politik
DAPSY kritik Akmal ‘lalat buta’ berhubung isu subsidi petrol
13 jam lalu· Politik
UMNO terbuka terima bekas ahli Bersatu, termasuk kumpulan ‘reset’ Hamzah
May 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi, Nik Nazmi umum langkah politik baharu Ahad ini, tinggalkan PKR?
6 jam lalu · Politik
Isu hina sahabat Nabi, Menteri Agama nasihat ahli politik berhati-hati dalam ceramah
6 jam lalu · Politik
Sanusi masih kekalkan dua ADUN Bersatu dipecat dalam kerajaan negeri
6 jam lalu · Politik
Permohonan pengampunan Jho Low di Amerika akan diteliti kerajaan
6 jam lalu · Politik
Kabinet kecam kenyataan Nik Zawawi hina sahabat Nabi: Fahmi
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok