Nik Zawawi beri keterangan kepada polis berhubung isu hina sahabat Nabi

10 jam lalu · Politik

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh berharap kontroversi melibatkan ceramahnya yang didakwa menghina sahabat Nabi Muhammad SAW menjadi pengajaran kepada semua pihak agar lebih berhati-hati dalam merujuk fakta ilmiah dan pandangan dalam kitab agama.

Pemimpin PAS itu dipanggil bagi memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadap ucapan berkenaan.

“Mudah-mudahan perkembangan ilmiah seperti ini memberi keinsafan kepada kita semua, khususnya kepada saya sendiri supaya lebih berwaspada dengan fakta-fakta ilmiah yang ada di dalam kitab dan mengambil pendapat yang paling kuat,” katanya menerusi video yang dimuat naik di media sosial, hari ini.

Menurutnya, penggunaan pandangan yang lemah dalam perbahasan agama boleh menimbulkan salah faham dan kontroversi.

“Kalau kita ambil yang lemah, memang ia menimbulkan masalah. Tetapi jika kita ambil pendapat yang paling kuat, insya-Allah kita akan selamat,” katanya lagi.

Nik Muhammad Zawawi turut memaklumkan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis sepanjang proses rakaman percakapan itu dan berterima kasih atas layanan baik yang diberikan.

Beliau juga menghargai teguran serta pandangan masyarakat sepanjang isu berkenaan hangat diperkatakan di media sosial.

Kontroversi itu tercetus selepas video petikan ceramah politik beliau di Kuala Terengganu tular sejak hujung minggu lalu.

Dalam ucapan tersebut, beliau didakwa menyentuh kehidupan empat sahabat Nabi iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Affan dan Ali Abi Talib sebelum mereka memeluk Islam.

Antara kenyataan yang mengundang kecaman ialah dakwaan bahawa Abu Bakar merupakan “bapa ceti” kerana memberi pinjaman kepada orang ramai, manakala Umar pula digambarkan sebagai seorang yang ganas dan suka berzina sebelum memeluk Islam.

Pada peringkat awal, Nik Muhammad Zawawi mempertahankan kenyataannya dan menegaskan beliau tidak menghina para sahabat Nabi.

Namun, beliau kemudian tampil memohon maaf secara terbuka serta mengakui kurang cermat dalam mengolah maklumat dan penyampaiannya.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi di Facebook Dewan Ulama PAS.

Berita berkaitan
Mahfuz persoal keikhlasan permohonan maaf Nik Zawawi
May 14, 2026· Politik
Isu hina sahabat Nabi, Menteri Agama nasihat ahli politik berhati-hati dalam ceramah
May 13, 2026· Politik
Kabinet kecam kenyataan Nik Zawawi hina sahabat Nabi: Fahmi
May 13, 2026· Politik
Dewan Ulamak PAS tegur Nik Zawawi berhubung isu ceramah sahabat Nabi
May 13, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Muhyiddin persoal pengiktirafan UEC bagi kemasukan ke IPTA
May 15, 2026 · Politik
SPM perlu kekal syarat utama masuk IPTA: Akmal
1 jam lalu · Politik
Rafizi pilih haluan baharu, Saifuddin Nasution ucap “selamat maju jaya”
6 jam lalu · Politik
Malaysia tidak campur tangan isu pengampunan Jho Low di AS: Anwar
10 jam lalu · Politik
Loke pertahan keputusan kerajaan benarkan lepasan UEC masuk IPTA
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok