Exco AMK umum letak jawatan dalam PKR, keluar parti

May 20, 2026 · Politik

Seorang pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhammad Haziq Azfar Ishak, hari ini mengumumkan peletakan jawatan daripada semua jawatan parti dan keluar daripada PKR berkuat kuasa serta-merta.

Haziq yang sebelum ini memegang jawatan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia serta Ketua AMK Cabang Tanjong Malim berkata, keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan hala tuju parti yang didakwa semakin mempertahankan status quo dan menyimpang daripada semangat asal perjuangan reformasi.

Menurutnya, PKR kini dilihat terlalu banyak berkompromi dalam politik sehingga gagal memenuhi harapan penyokong yang mahukan perubahan.

“KEADILAN dan Pakatan Harapan terpaksa mengabaikan suara penyokong kerana terlalu banyak berdolak-dalik dan menangguhkan janji perubahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mendakwa keadaan itu menyebabkan keyakinan rakyat terhadap politik semakin merosot, terutama dalam kalangan anak muda dan pengundi kali pertama.

“Yang lebih membimbangkan adalah keculasan ini memberi kesan terhadap kepercayaan orang awam khususnya generasi muda pengundi kali pertama terhadap institusi parti politik dan demokrasi,” katanya.

Haziq berkata, pendekatan politik sedia ada perlu diubah dengan gerakan yang lebih agresif dan radikal bagi menangani cabaran generasi baharu yang berdepan tekanan kos sara hidup, peluang pekerjaan dan isu sosial abad ke-21.

PKR sebelum ini dikenali sebagai parti yang lahir daripada gerakan reformasi selepas pemecatan dan pemenjaraan Anwar Ibrahim pada 1998.

Parti itu membawa agenda perubahan institusi, tadbir urus dan keadilan sosial sebelum menjadi antara komponen utama dalam kerajaan Persekutuan menerusi gabungan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun sejak membentuk kerajaan bersama beberapa parti lain, PKR dan Pakatan Harapan sering berdepan kritikan sebahagian penyokong sendiri yang mendakwa gabungan itu semakin pragmatik dan kurang tegas dalam melaksanakan reformasi dijanjikan.

Walaupun mengambil keputusan meninggalkan parti, Haziq tetap merakamkan penghargaan kepada PKR atas pengalaman dan ruang perjuangan yang diberikan sepanjang penglibatannya dalam parti itu.

Berita berkaitan
Hassan tegur DAP isu titah Sultan Selangor, boleh beri kesan buruk kepada PH
11 jam lalu· Politik
Aminuddin sahkan tidak dipelawa sertai parti baharu Rafizi, setia bersama PKR
May 20, 2026· Politik
Fahmi arah siasatan isu wartawan dikasari di Konvensyen PH
May 20, 2026· Politik
SPR buat persediaan hadapi kemungkinan tiga PRN pada masa terdekat
May 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Polis rakam keterangan Tony Pua petang tadi selepas 77 terima laporan
4 jam lalu · Politik
Sidang khas pada 24 Jun mungkin berkaitan bubar DUN Johor: Hassan Karim
4 jam lalu · Politik
AGC bantah semakan kehakiman kes Zahid yang dimohon Badan Peguam
4 jam lalu · Politik
Jangan mainkan isu Raja dan agama demi kepentingan politik: Amirudin
9 jam lalu · Politik
Malaysia aman jika tiada DAP: Dewan Ulama PAS
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok