SPR buat persediaan hadapi kemungkinan tiga PRN pada masa terdekat

May 20, 2026 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada masa terdekat.

Pengerusi SPR, Ramlan Harun berkata pelbagai langkah awal sudah digerakkan termasuk penyelarasan bersama pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, semakan pusat mengundi dan persediaan logistik.

“SPR sentiasa melaksanakan persediaan berterusan termasuk latihan petugas pilihan raya, pengemaskinian pusat mengundi serta penilaian keperluan peralatan bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar,” katanya dipetik laporan media.

Menurut beliau, SPR juga sedang memperkukuh persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), termasuk aspek pengurusan petugas, bahan pilihan raya, pengundian pos dan sistem teknologi pilihan raya.

Katanya, kos keseluruhan pelaksanaan pilihan raya masih belum dimuktamadkan kerana ia bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah pengundi berdaftar, pusat mengundi, penggunaan teknologi dan keperluan operasi semasa.

“SPR sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan supaya segala urusan perolehan dan logistik dapat diurus secara teratur dan berhemah,” katanya lagi.

Beliau turut menjelaskan mengikut peruntukan undang-undang, SPR mempunyai tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen atau DUN untuk mengendalikan pilihan raya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim membayangkan kemungkinan PRU-16 diadakan lebih awal sebelum tamat penggal kerajaan pada Disember 2027, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai persiapan awal parti politik dan agensi berkaitan.

Sejak pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik pada Disember 2021, SPR turut melaksanakan pengemaskinian daftar pemilih secara berkala setiap bulan.

Selain itu, semakan stok bahan pilihan raya seperti peti undi, kertas undi dan dakwat pilihan raya juga dilakukan dari semasa ke semasa.

Ramlan menegaskan momentum persiapan yang sedang dijalankan ketika ini akan diteruskan supaya SPR sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran Parlimen atau DUN pada bila-bila masa.

Berita berkaitan
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
10 jam lalu· Politik
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
13 jam lalu· Politik
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
14 jam lalu· Politik
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
10 jam lalu · Politik
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
13 jam lalu · Politik
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
13 jam lalu · Politik
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
15 jam lalu · Politik
Zahid tegur pemimpin DAP jaga lidah, hormati rakan kerjasama
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok