Malaysia aman jika tiada DAP: Dewan Ulama PAS

May 21, 2026 · Politik

Ketua Dewan Ulama PAS, Ahmad Yahaya mehyifatkan Malaysia mampu mencapai keamanan dan perpaduan lebih baik tanpa penglibatan DAP yang disifatkannya sebagai punca kepada ketegangan kaum serta perpecahan dalam negara.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, tindakan DAP yang didakwa sering bertembung dengan institusi diraja dan menyentuh isu sensitif menyebabkan usaha membina keharmonian nasional menjadi semakin sukar.

“Apabila Tuanku Sultan bertitah, seharusnya semua pihak akur. Namun DAP masih dilihat terus bertembung dengan istana dalam beberapa perkara yang dibangkitkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mempersoalkan pendirian parti itu dalam beberapa isu termasuk pendidikan vernakular, pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), pensijilan halal dan undang-undang syariah yang menurutnya sering mengundang polemik dalam kalangan rakyat.

“Siapa yang lantang mempertahankan industri arak dan judi? Siapa yang terus mempertahankan UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu) walaupun dikatakan tidak berteraskan pendidikan kebangsaan? Semua ini menjadi faktor ketegangan kaum terus berlaku,” katanya.

Ahmad berkata, negara masih dibelenggu isu perpaduan walaupun Malaysia sudah mencapai kemerdekaan lebih enam dekad lalu kerana terdapat pihak yang terus memainkan sentimen sensitif.

Menurut beliau, keadaan itu menyebabkan proses pembinaan negara bangsa dan perpaduan nasional menjadi semakin mencabar.

“Kedegilan mereka menyebabkan negara dan rakyat terus retak dalam sengketa dan perpecahan. Sebab itu saya percaya Malaysia boleh mencapai keamanan sebenar tanpa DAP,” katanya lagi.

Isu hubungan antara parti politik dan institusi diraja kembali menjadi perhatian sejak kebelakangan ini susulan beberapa kenyataan pemimpin politik yang dikaitkan dengan titah Sultan berhubung isu perpaduan dan keharmonian kaum.

DAP sebelum ini sering menegaskan parti itu memperjuangkan konsep masyarakat majmuk, demokrasi dan hak sama rata untuk semua rakyat Malaysia, selain menolak dakwaan parti berkenaan bersifat cauvinis atau anti-Melayu.

Berita berkaitan
DAPSY bidas UMNO Johor, dakwa bersikap hipokrit
13 jam lalu· Politik
Pendirian Onn Hafiz tolak DAP berbeza dengan keputusan MKT UMNO: AMK Johor
June 11, 2026· Politik
DAPSY pertahan dakwaan Mohamad Hasan terlibat krisis politik Negeri Sembilan
June 10, 2026· Politik
Zambry gesa henti polemik isu DAP, pertahan pendirian MB Johor
June 9, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
2 jam lalu · Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
3 jam lalu · Politik
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
6 jam lalu · Politik
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
6 jam lalu · Politik
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok