PAS dan Bersatu kini sudah berpisah secara rasmi.
Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani, ke program usrah PAS malam tadi mencuri perhatian apabila dia diraikan pimpinan parti itu hanya dua minggu selepas dipecat daripada Bersatu.
Lebih menarik, Dzowahir yang baharu dipecat Bersatu turut menerima senaskhah buku Perlembagaan PAS daripada Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai hala tuju politiknya selepas ini.
Menurut Afnan Hamimi, Dzowahir hadir bersama pegawainya selepas dimaklumkan mengenai program usrah bulanan yang diadakan di kawasan Suka Menanti.
“Kebetulan YB datang malam ini, saya nak cerita tentang syarat-syarat nak jadi ahli PAS. Salah satu syaratnya kena aqil baligh, yang itu YB Dzowahir lulus awal lagi,” katanya dipetik laporan media.
Afnan berkata beliau turut menerangkan mengenai perjuangan dan tujuan PAS ditubuhkan menerusi buku perlembagaan parti yang diserahkan kepada Dzowahir.
Dzowahir pula dilihat menyambut mesra gurauan tersebut dan mengakui beliau sudah lama mengenali PAS.
“Duk pakai kopiah putih ni pun lama dah,” katanya.
Pada penghujung program, Afnan sekali lagi mengusik Dzowahir dengan berkata, “Terima kasih YB Dzowahir atas kehadiran. Borang PAS ada kalau nak ini. Bulan depan boleh mai usrah lagi.”
Pada 8 Mei lalu, Bersatu memecat Dzowahir bersama ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis, selepas tindakan mereka didakwa melanggar disiplin parti.
Pada sama, lima ahli parlimen Bersatu turut digantung keanggotaan selama dua penggal.
Pemecatan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan Dzowahir dalam kerajaan negeri Kedah.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, sebelum ini memaklumkan sebarang tindakan lanjut perlu melalui proses pentadbiran serta mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Pada 13 Mei lalu, Sanusi mengesahkan kedudukan kedua-dua Adun terbabit dalam pentadbiran negeri kekal seperti biasa.
SPR bermesyuarat Jumaat, dijangka umum tarikh PRN Johor dan Negeri Sembilan
Amanah sasar bertanding 20 kerusi pada PRN Johor
Perpisahan PAS-Bersatu sudah dijangka apabila tiada keikhlasan: Zahid
Bersatu kecewa PAS tamatkan kerjasama, tetap kekal dalam PN: Muhyiddin
Rekod PAS jelas, kawan akan jadi lawan: Saifuddin Nasution
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi