Zafrul sedia pertahan kerusi Pandan jika diberi mandat PKR

May 27, 2026 · Politik

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya diberi kepercayaan oleh PKR.

Beliau yang kini berperanan sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri berkata, keputusan sama ada beliau akan dicalonkan tetap bergantung kepada kepimpinan parti.

“Saya bersedia untuk bertanding di mana-mana pun jika diberi peluang dan keputusan ini terpulang kepada parti,” katanya pada sidang media sempena program Korban Perdana Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pandan di Kuala Lumpur hari ini.

Nama Zafrul semakin dikaitkan dengan Parlimen Pandan selepas penyandangnya sebelum ini, Rafizi Ramli, mengumumkan keluar daripada PKR pada 17 Mei lalu.

Rafizi bersama bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, kemudiannya mengambil alih Parti Bersama Malaysia, sebuah parti yang ditubuhkan pada 2016.

Perkembangan itu mencetuskan spekulasi Zafrul bakal menjadi calon utama PKR untuk mempertahankan kubu berkenaan pada PRU-16, lebih-lebih lagi selepas beliau dilihat aktif menjalankan pelbagai program dan gerak kerja di kawasan Pandan sejak kebelakangan ini.

Mengulas kemungkinan berdepan Rafizi sekiranya bekas Timbalan Presiden PKR itu kembali bertanding di Pandan, Zafrul berkata beliau tidak terlalu memikirkan soal persaingan politik, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada khidmat kepada rakyat.

“Saya tak fikir langsung mengenai kemungkinan bertanding melawan Rafizi di Parlimen Pandan. Ya, saya mungkin berdepan dengan gergasi politik jika beliau bertanding semula di sini.

“Namun yang lebih penting ialah buat kerja dan berkhidmat kepada rakyat, sama ada di Pandan, Ampang atau mana-mana kawasan yang ditugaskan,” katanya.

Parlimen Pandan sebelum ini dianggap antara kerusi penting PKR dan sering menjadi tumpuan kerana pengaruh kuat Rafizi di kawasan itu sejak beberapa penggal lalu.

Keputusan Rafizi meninggalkan parti membuka ruang kepada wajah baharu untuk mengambil alih peranan tersebut menjelang PRU-16.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
7 jam lalu· Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
August 24, 2026· Politik
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
August 23, 2026· Isu semasa
Amirudin jumpa Anwar esok, bincang kerjasama PH-BN di Melaka
August 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
5 jam lalu · Politik
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
5 jam lalu · Politik
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
August 24, 2026 · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
August 24, 2026 · Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
August 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok