Tun Faisal nafi Bersatu mahu sertai PH, bidas pihak cuba kaitkan Azmin

May 28, 2026 · Politik

Bersatu menafikan dakwaan kononnya parti itu sedang merancang untuk menyertai Pakatan Harapan (PH), sekali gus menyifatkan spekulasi berkenaan sebagai tidak berasas dan tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan rasmi atau tidak rasmi mengenai kerjasama dengan PH, termasuk dalam Biro Politik atau Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.

Menurut beliau, dakwaan kononnya Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali memainkan peranan membawa parti itu kembali kepada PH juga tidak benar.

“Tidak pernah dibincangkan dalam Biro Politik, MPT atau mana-mana perbincangan tidak rasmi dalam parti. Jika ada usaha ke arah itu, sudah tentu akan ada tanda-tanda atau gerakan tertentu. Setakat ini tidak ada langsung bunyi ke arah itu. Tidak masuk akal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Spekulasi mengenai hubungan Bersatu dan PH timbul sejak kebelakangan ini susulan dakwaan wujud ketegangan antara Bersatu dan PAS dalam Perikatan Nasional (PN).

Ia turut diperkatakan selepas beberapa tindakan disiplin dikenakan terhadap ahli tertentu dalam parti berkenaan.

Isu itu menjadi perhatian kerana Bersatu sebelum ini pernah menjadi sebahagian daripada PH selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, sebelum keluar daripada gabungan tersebut pada 2020 yang akhirnya menyebabkan kerajaan PH tumbang.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebelum ini turut mengingatkan PH supaya berhati-hati sekiranya mahu bekerjasama semula dengan Bersatu atau PAS.

Beliau dilaporkan berkata, PH mempunyai pengalaman pahit ketika menjalinkan kerjasama dengan kedua-dua parti terbabit sebelum ini.

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, Bersatu ketika ini tidak mengambil pendekatan seperti UMNO yang memilih untuk bekerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Pada masa sama, beliau turut mempertahankan Azmin daripada dakwaan mengaitkannya dengan tindakan pemecatan dan penggantungan ahli dalam parti.

Katanya, semua tindakan disiplin dilakukan sepenuhnya oleh Lembaga Disiplin berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Bersatu.

“Lembaga Disiplin menjalankan tugas mengikut perlembagaan parti terhadap mereka yang melanggar disiplin, mengkhianati parti atau berunding dengan pihak luar tanpa mandat. Bukan semua yang dipecat, ada yang digantung dan ada yang diberi amaran,” katanya.

Berita berkaitan
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
6 jam lalu· Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
7 jam lalu· Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
7 jam lalu· Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
12 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026 · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026 · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok